Planner Accessories Lagi,..

Isnin, April 09, 2018


Saya memang suka pakai planner. Jenis yang kena jot down tasks atau reminder in one book. Kalau tidak, akan lupa dan tunggang-langgang jadual saya. Tetapi, sebelum ini tak adalah rajin sangat untuk hias planner, buat spread/layout setiap hari seperti yang planner addicts buat tu.

Tahun ni terjebak! Awal tahun 2018, si Bott belikan saya planner. Memandangkan stok barang kraf (washi tapes, stickers, clear stamps dll) memang sedia ada,.. dan accessible (sebab tahun ni saya berjaya kemas barang-barang kraf saya supaya semuanya mudah capai, mudah nampak dan mudah jumpa), so minat untuk hias planner cantik-cantik tu datanglah. 

Jadi, sekarang tiap-tiap minggu, saya akan luangkan masa buat weekly planner spread. Hias ikut tema sebelum ditulis dengan catatan-catatan penting. Saya ada kongsi beberapa planner layout di Instagram @faidamf.

Baru-baru ini, singgah Tesco nak cari kertas A4. Ternampak pula planner accessories ni dekat bahagian reduced to clear. Harga dari RM6.90 jadi RM3. Apa lagi,..saya pun grab la 1 pek. Boleh buat tepek-tepek pada planner nanti.

Resepi Mudah Ayam Bakar

Khamis, April 05, 2018

Ini antara resepi ayam bakar kegemaran saya. Sangat mudah untuk disediakan. Bahan perapan pun tak perlu banyak. Tak susah nak cari atau beli sebab kebanyakannya memang ada dalam dapur kita. So, kalau tiba-tiba teringin ayam bakar, tidakpun apabila saya malas fikir menu apa untuk disediakan, this is my go-to recipe. Easy-peasy!

Kemudian, dari segi penyediaan, kita boleh pilih sama ada nak bakar dalam oven, atas griller, gridle pan ataupun menggunakan air fryer. Yes, bagi yang ada air fryer tu, ini salah satu resepi sihat yang kalian boleh sediakan.


Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Guitar Chords)

Selasa, April 03, 2018

Siapa dah dengar lagu terbaru daripada Siti Nordiana? Judulnya Hatiku Milikmu. Saya baru tonton klip video lagu ini yang released semalam di channel Seventeen Eleven Music. Video cantik bangattttt! Buat dekat Krabi, hasil kreativiti Storytellrs yang turut arahkan music video Pematah Hati - Nabila Razali tu. You can expect the same quality of work and definetly will not be frustrated. Turut terlibat dalam klip video tu ialah Alvin Chong dan Fikri Ibrahim. Masing-masing pegang watak jadi kekasih sebelum dan selepas Nana. 😃

Oh, tentang lagu pula,...I loveeeeeee this song! Jatuh kategori lagu cinta dengar pertama-lah! Dengar dengar je terus jatuh hati. Sepanjang malam semalam asyik dok terngiang-ngiang lagu ni. Part chorus memang best! Mengingatkan saya pada lagu Apa Artinya Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso. Cuma bahagian hujung yang dia jerit 'hatiku milikmu' tu kurang gemar sikit. Akak demping bagi saya hehehe. Anyway, lagu 'Hatiku Milikmu' merupakan ciptaan Nana sendiri dan lirik oleh Shana. 

Seperti biasalah, bila dah suka sangat lagu, mestilah kena buat chords kan...Kebetulan semalam saya cuti dan ada dekat rumah. Adalah sedikit masa terluang untuk session bersama si Kapok saya. Guitar chords Hatiku Milikmu ini versi mudah ye. Telah ditransposed. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Chords)
Ciptaan: Siti Nordiana dan Shana
Terbitan: Seventeen Eleven Music


Em D C G
Am B7 D 


Em
Aku telah merasakan
Am
Pahitnya kau tinggalkan
D G
Pernahkah di hatimu mencintaiku
C
Takkan pernah habis
Am
Kasihku padamu
B7 Em
Selama jiwaku masih untukmu

Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Khamis, Mac 29, 2018

Kebiasaannya apabila membeli barang dapur atau stok makanan, saya akan beli sebungkus dua pasta. Tidak kiralah jenis apa,..jenama apa. Kiranya pasta dah jadi antara benda yang wajib ada dalam stok pantri. Bukanlah kaki makan pasta sangat. Tetapi, sekali-sekala bila lapar tak tahu nak makan apa, I can simply make a simple dish. Tak pun kalau dah bosan dengan menu nasi dan lauk-pauk, bolehlah disediakan hidangan seperti makaroni atau spageti goreng, makaroni bakar ke,..apa-apalah asalkan kena dengan cita rasa.

Antara resepi pasta kegemaran saya yang pernah saya kongsikan di blog ini:


Hari ini satu lagi resepi mudah menggunakan pasta - Spageti Ikan Bilis dan Cili Api. Kawwwww! Berair hidung makan! Sesuai sangat bagi yang suka makan pedas.