Happy Monday | Kopi dan Bagel
Isnin, Ogos 13, 2018
Assalamu’alaikum.
Selamat hari Isnin. Selamat memulakan minggu baru. Saya cuti panjang minggu lepas jadi minggu ni sedikit teruja nak masuk kerja, masuk blog 🤣 Pagi ini berjaya dilalui dengan jayanya tanpa Monday blues! Tapi, apa-apapun, minum kopi dulu!

Bagel dan kopi
Gambar kopi dan bagel ini bukan gambar terkini. Sekadar gambar dalam koleksi. Tetapi inilah antara padanan kegemaran untuk secangkir kopi saya. Lazimnya, kebanyakan hari saya akan dimulakan dengan secawan kopi. (Hari-hari yang saya rasa badan macam terlebih asid baru baik perangai minum teh lemon atau air suam 😆) Sudah ada kopi kenalah ada lawannya. Pilihan saya - bagel served with a good dollop of creamcheese. Nyummm nyummm! Jika saya di luar memang akan cari bagel, makan sambil hirup kopi. Saya paling suka bagel Jalapeno dekat Coffee Beans. Pedas-pedas gitu!