Kejutan Istimewa daripada Sha Mohamed
Jumaat, Ogos 17, 2018
Kelmarin saya dapat notifikasi melalui sms yang menyatakan parcel saya sudah berada 'dalam perjalanan'. Terpinga-pinga saya dibuatnya sebab saya memang tidak expect sebarang parcel. Baik penghantaran barangan yang dibeli secara online ataupun dokumen kerja. Lagipun alamat surat-menyurat yang saya gunakan sekarang, saya tahu saya beri pada siapa.
Semalam, seawal pagi adik kurier hubungi saya bertanyakan lokasi rumah. Sepanjang menunggu kedatangan mereka, puas jugalah saya berfikir. Kebetulan saya memang ada di rumah, jadi sayalah yang menyambut parcel tu. Tengok nama pengirim - Tulip Press. Nama tu dah familiar tapi tak berjaya recall apa-apa.
Buka je bungkusan,...
Kisah Seram?! OK, joining the dots...saya tahu ini zine terbaharu keluaran Tulip Press. Tetapi saya tak beli! Terus saya teringat pada Sha Mohamed. Tak silap saya Sha ada berkongsi mengenai pre-order zine ni di Facebook. Plus, baru-baru ini Sha memang ada minta alamat saya.
Apa lagi, terus saya Whatsapp adinda yang seorang ini. Sah, memang 'angkara' Sha! Sha kata nak buat suprise. Menurutnya, dia selalu pilih kawan-kawan blogger secara rawak untuk hadiahkan buku. Alhamdulillah, kali ini rezeki saya. Amalan Sha ni menarik kan? Nanti saya nak buat projek beri buku macam Sha jugalah!