Resepi Air Fryer - Ayam Cajun
Khamis, September 12, 2019
Satu lagi variasi hidangan ayam - ayam cajun. Cara hendak buat amatlah mudah. Hanya perlu dapatkan rempah cajun di pasaran. Dahulu saya biasa beli rempah cajun keluaran Tesco. Harganya lebih mudah berbanding rempah jenama lain. Tetapi, memandangkan yang keluaran Tesco ini mengandungi gula dan maltodextrin (gula juga), saya beralih ke jenama yang lain. Maaf, tak ingat nama.
Saya suka kepelbagaian rasa dalam masakan. Cuma sekarang, saya sedaya upaya cuba kurangkan kandungan gula dalam penyediaan makanan termasuklah di dalam rempah, sos atau perasa yang lain. Jangan pula pening kepala ingat rempah cajun Tesco tidak boleh guna ya. Sebenarnya, tidak kisahlah jenama apa, asal ada rempah cajun, dah boleh masak ayam ini.
Beginilah rupanya ayam cajun saya.
Resepi Ayam Cajun