Birthday Impossible Card untuk Dik Amy Syeera

Selasa, Oktober 15, 2019

Geleng kepala saya apabila lihat draf entri ini dalam blog. Tahu tak, kad ini saya buat pada hujung bulan November tahun lepas jika tidak silap. Dah nak satu tahun baru terhegeh-hegeh terbitkan entri di blog? Nazak betul rentak berbloging saya sekarang ini!

Baiklah. Berbalik pada kad yang hendak dikongsikan hari ini, a birthday impossible card. Jangan terkejut. Nama kad ini sahaja yang impossible. Tiada apa-apa yang mustahil pun. Cuma teknik lipatan kad sahaja yang agak berbeza. Sebelum ini, saya pernah kongsi mengenai impossible card. Baca lebih lanjut di sini dan di sini.



Kad ini ditempah oleh seorang rakan blogger, adinda Amy Syeera. Kenal tak? Alah, pemilik blog The Minimalist Traveler tuh. Kad ini untuk diberikan kepada Syafiq, tunangnya yang meraikan hari lahir pada bulan Disember. Huhuhuh budak-budak ni dah nak kahwin dah, baru story pasal kad ni keluar?! Teruk betul saya ni kan?

Amy sendiri yang pilih kombinasi warna dan kemasan emas pada kad. Something kind of futuristic with a hint of gold. Panel di tengah tu boleh letak gambar penerima. Bahagian belakangnya pula untuk tulis ucapan. Then, saya buat matching envelope dan tag hadiah. 

Thanks so much, Amy sebab tempah kad daripada akak. Mesti adik seorang ini sedang sibuk buat persediaan majlis perkahwinannya. Thanks for the invitation, dik. Inshaa Allah, jika tiada aral, akak akan hadir sama-sama meraikan hari bahagia Amy dan Syafiq ya!

Kegilaan Ceri Manis

Isnin, Oktober 14, 2019

Siapa pernah makan ceri manis segar-bugar seperti dalam gambar di bawah ini? Suka tak? Saya kalau ceri ini ada di depan mata, memang tidak akan tolak. Sekejap je bertangkai-tangkai ceri masuk tekak tanpa sedar. Nikmatnya rasa! Lagi-lagi kalau makan ceri yang sudah disejukkan ke dalam peti ais telebih dahulu. Dingin je masuk mulut.

Tidak silap saya, ceri ini dipanggil Ceri Northwest. Saiznya lebih besar sedikit berbanding ceri biasa. Rasanya pula bolehlah dikatakan sederhana manis. Tetapi, sangatlah addictive! Selain daripada rasanya, saya juga suka tekstur buahnya yang crunchy. Ala-ala makan buah plum saiz kecil gitu. Refreshing!



Guitar Chords Luka dan Bahagia - Han Byul (Easy)

Ahad, Oktober 13, 2019

Saya tidak ikuti sangat program Big Stage Musim ke-2 yang telah tamat bersiaran baru-baru ini. Kadang-kadang tengok jugalah klip di Youtube persembahan-persembahan Neeta dan Fieya Julia (kerana saya suka suara mereka). Selain itu, rajin juga intai persembahan si Han Byul waktu saya dan Bott kebosanan tak ada hiburan. Terhibur kami berdua tengok dia bersungguh-sungguh nyanyi lagu Melayu yang jadi tugasan saban minggu seolah-olah lagu tu lagu dia sendiri. 

Menepati ramalan majoriti, si Han Byul inilah yang dinobatkan sebagai juara. Semua finalis Big Stage berpeluang menyanyikan single baharu masing-masing pada malam konsert final. Lagu-lagu mereka semua not bad. Sedap didengar. Lagu Han Byul, 'Luka dan Bahagia' ciptaan Haqiem Rusli. Lagu-lagu si Haqiem ni seperti biasalah mendayu-dayu. Sesuai sangat dibuat berdendang sambil main gitar. Enjoy the chords!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Luka dan Bahagia - Han Byul Big Stage (Easy Chords


(Intro)
Am F C E

Am G
Hamparan hati lena memaksa
Dm C
terukir indah kasih bermadah
Dm G C
aku cuba tuk meluahkan
F E
kesan yang kau berikan

Ikan Pekasam Jentik Rasa

Khamis, Oktober 10, 2019

Saya kalau makan nasi, saya memang suka andainya ada hidangan tambahan yang boleh bangkitkan selera. Budu, tempoyak, cencaluk, ikan pekasam...semua saya suka! Bahaya sebenarnya sebab confirm makan bertambah sampai dua tiga pinggan. Mana cukup makan sepinggan nasi je kan? 

Kali ini nak cerita pasal ikan pekasam. Saya belajar makan ikan pekasam semasa di universiti. Ada seorang kawan yang ajar makan. Sebelum ini gemar ikan masin dan ikan kering sahaja. Semenjak itu, memang kalau jumpa ikan pekasam saya akan beli buat stok di rumah. Time tak ada selera, tekak pahit...maka keluarlah ikan pekasam sebagai penjentik rasa.



Tiga bungkus ikan pekasam buat stok. Gembiranya! Ikan pekasam yang ini ikannya kecil-kecil. Sedap digoreng sampai garing. Rangup krup krap krup krap gitu!