Buat Kad Flamingo

Sabtu, Oktober 26, 2019

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai pelekat burung flamingo (Kecintaan pada Si Flamingoyang sangat sesuai dijadikan hiasan pada kad ucapan atau scrapbook. Tengok gambar di bawah. Cantik kan? Saya suka pada warnanya yang vibrant dan tema tropika yang datang bersama burung-burung merah jambu ini.


Kali ini saya hendak kongsi hasilnya pula. Ada beberapa kad ucapan yang saya buat menggunakan pelekat-pelekat flamingo di atas. Dah ada hiasan cantik sebegini, tak perlu kerah idea sangat nak buat kad macam mana. Main tampal-tampal, tepek ikut suka je 😉

Hujung minggu ini lapang sedikit. Tidak ke mana pun sebab trauma nak keluar rumah. Dengan cuaca tak menentu, kesesakan lalu lintas dek kerana cuti panjang orang balik kampung...baiklah duduk diam-diam kat rumah.

Alang-alang dah ada masa lapang, saya layanlah e-mail-email yang request chords lagu. Selama ini tak terlayan sangat sebab sibuk memanjang. Tak berkesempatan sangat nak tunaikan satu demi satu. Bagi adik-adik yang minta lagu itu dan ini...maaf, tidak semua yang akak mampu tunaikan ya. Kekangan masa plus lagu tu mungkin akak tak suka hahahah 🤣🤣🤣

Antara lagu yang banyak dapat permintaan untuk chords mudah ialah 'Bicara Rasa' nyanyian Ariff Bahran dan Sarah Suhairi. Saya kenal mereka berdua ini semasa tengok Big Stage Musim pertama. Kalau tidak, memang tak ada klu langsung tentang artis-artis BBNU yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Cubalah cari dan dengar lagu ini di Youtube. Saya suka gandingan vokal kedua-duanya yang bagi saya serasi. Lagu pun sedap.

Lagu 'Bicara Rasa' ini merupakan lagu runut bunyi untuk drama Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah. As usual, enjoy the song. Enjoy the chords. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Bicara Rasa - Ariff Bahran dan Sarah Suhairi (Easy Chords)

OST Sara Sajeeda


(Intro)
Am E G D
Dm Am B7 E E

Am E
Ada apa dengan cinta
G D
yang hanya manis pada bicara
Dm Am
tika bahagia indah semua
B7 E
sepertinya syurga milik kita.

Vadai untuk Sarapan

Jumaat, Oktober 25, 2019

Vadei. Wadeh. Vadey. Vaday. Vadai. Tidak pasti yang mana satu ejaan yang tepat. Sipi dan selisih huruf je. Janji ada bunyilah kan....Vadai seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini dipanggil ulunthu vadai atau ulundu vadai. Kuihnya garing di luar, lembut di dalam dan dibuat daripada kacang dal putih. 

Ada satu lagi jenis vadai yang keras sedikit teksturnya berbanding yang ini. Vadai itu diperbuat daripada kacang dal kuning. Saya suka dua-dua tetapi jika tanya preference, saya prefer ulunthu vadai. 

Ini antara sarapan kegemaran saya. Saya boleh makan tiga hingga empat biji sekali duduk. Lagi asyik tak ingat dunia apabila dimakan dengan kuah kelapa (chutney). Memang dap dap dap! Vadai ini 'import' dari Taman Tun Dr. Ismail. Lembut dan fluffy. Tengok kegebuannya kita dah confirm tergoda! 

Jarang-jarang berpeluang nikmati vadai ini sebab takkanlah nak pergi TTDI semata-mata dek kerana nak makan vadai. Jadi, sekali-sekala apabila berpeluang ke area sana, saya akan tapau vadai ini. Selepas itu, balik rumah...memang akan duduk dan nikmati sepuas-puasnya.

To Fold or Not To Fold

Khamis, Oktober 24, 2019

Saya pergi makan di Macha and Co. Tertarik tengok info yang diletakkan atas meja. Berkenaan daun pisang yang kita gunakan. Kan jika kita makan atas daun pisang, selepas selesai kita kena lipat daun pisang tu sebagai tanda kita dah habis makan.

Selama ini saya ingat boleh je lipat sesuka hati. Rupanya ada one tiny (but quite significant rule) yang kita kena observe.


Sebaiknya, daun pisang yang telah digunakan itu dilipat ke arah kita. Ini sebagai tanda kita appreciate hidangan yang sudah kita nikmati. Ingat ye, lipat ke arah kita. Jika sebaliknya (lipat ke luar, ke arah bertentangan), kita seolah-olah agak rude sebab tindakan lipat daun pisang ke luar hanya dilakukan ketika upacara pengebumian atau acara lain yang berkaitan dengannya sebagai menzahirkan takziah pada keluarga si mati.