Twist and Turn Card
Rabu, April 01, 2020
Kali ini saya ingin tunjuk dua contoh 'twist and turn card' yang telah saya buat beberapa bulan yang lalu. Asyik bertangguh, baru hari ini dapat muat naik dan kongsi di blog. Sekeping kad tahniah untuk graduation/convocation manakala sekeping lagi kad ucap Selamat Hari Lahir. Kenapa kad ini dipanggil 'twist and turn card'? Dari luar, kad ini biasa sahaja. Tidak ada beza dengan kad ucapan lain. Cuma apabila kita buka, ada panel berlipat pada bahagian dalam kad yang akan berpusing dan paparkan sentimen/ucapan. Selain dipanggil 'twist and turn card', kad jenis ini turut dipanggil sebagai pivot card.
Ini kad tahniah untuk graduasi yang saya buat. Bahagian hadapan cuma mortar board yang dilambung ke udara. Mortar board tu saya guna foam tape untuk dapatkan efek timbul. Awan-awan comel dipotong menggunakan dies awan yang saya beli di LAZADA. Lihat entri mengenainya di sini.