Apa Itu Junk Journal | Bahagian 1
Jumaat, Oktober 16, 2020
Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat. Harap kalian semua sihat-sihat sahaja hari ini.
Pernah dengar tentang junk journal? Bagi yang biasa tulis jurnal atau planner, rasa-rasanya berminat tak hendak cuba buat dan guna junk journal?
Sebelum itu, biar saya jelaskan apa itu junk journal terlebih dahulu. Jika dilihat di luar sana, ada pelbagai jenis jurnal yang boleh kita pilih ikut kesesuaian cara kita. Baik dari segi format mahupun fungsi jurnal itu sendiri. Misalnya kita ada, bullet journal (semua catatan kita dalam bentuk senarai), travel journal, workout and weight loss journal ... macam-macam termasuklah junk journal.
Junk journal seperti namanya, self-explanatory. Diperbuat daripada material lama dan terpakai yang ada di sekeliling kita misalnya buku akaun lama, music sheet, tiket, resit, fabrik, kertas dan buku lama. Senang cerita 'all the junks'. Apabila bahan-bahan ini dikompilasikan menjadi satu buku, kita hias pula, maka jadi cantiklah dan ada efek rustic + vintage gitu. Sekarang ini pun, disebabkan permintaan tinggi terhadap material untuk junk journal, banyak dah paper pads, reben, washi tapes dan hiasan-hiasan lain yang sesuai digunakan dalam junk journal.
Saya mula terjebak dengan junk journal apabila saya sibuk menyaring kertas-kertas terpakai yang ada dalam simpanan saya. Ingat lagi tak saya dengan misi selamatkan dan guna semula kertas terpakai? Boleh baca entrinya di sini - Cabaran Upcycle 1, Cabaran Upcycle 2.