Resepi Popcorn Tauhu
Rabu, November 04, 2020
Buat Tag Mini
Selasa, November 03, 2020
Resepi Mudah Mi Hokkien
Jumaat, Oktober 30, 2020
Assalamu'alaikum. Hai!
Apa khabar semua? Ada di sini yang suka makan Mi Hokkien tak? Hari ini kita belajar buat Mi Hokkien versi saya. Ini memang antara hidangan Cina yang saya suka makan. Ketebalan tekstur mi, kuah kicap, harum minyak bijan, aroma daun bawang dan ramuan-ramuan lain yang bergabung dalam setiap suapan memang nikmat!
Mi Hokkien yang autentik memanglah tidak halal kerana mengandungi lard. Tetapi jangan bimbang, restoran-restoran Cina-Muslim kan ada :)
Saya dahulu suka order Mi Hokkien dekat satu restoran Cina-Muslim ni tau. Tak ingat nama restorannya. Mereka bungkus makanan dalam takeaway boxes yang berwarna putih tu. So, setiap kali sampai rumah, terus grab satu kotak, ambil chopsticks dan makan panas-panas depan televisyen. Ini one of my favourite 'Me Time'. Terpengaruh tengok cerita omputeh hahaha.
Semenjak kita dilanda pandemik ini memang tidaklah nak keluar cari makan di luar sangat-sangat. Jadi, Mi Hokkien merupakan antara menu yang sudah lama tidak dimakan.
Kebetulan semasa pergi beli barang dapur, saya jumpa mi untuk buat Mi Hokkien, terus cakap pada Bott - Projek Mi Hokkien is ON! Semasa cari bahan-bahan lain untuk dimasak bersama mi, terasa dah air liur meleleh-leleh. Jemput jamu mata tengok Mi Hokkien saya.