Journal Embellishments | Hiasan untuk Jurnal

Sabtu, Februari 13, 2021

Minggu ini saya kembali sibuk membungkus hiasan kraf (crafts embellishments) yang saya buat. Embellishments ini adalah untuk kegunaan menghias jurnal, planner dan scrapbook. Sebelum ini dek kerana sibuk melunaskan urusan lain, penjualan barang saya di Carousell tergendala. Saya tidak sempat langsung untuk update hiasan kraf baharu. Buyer hendak berurusan pun kena minta tangguh.

Makanya semalam, sambil-sambil siapkan tempahan kad ucapan, sepanjang hari saya berada di dalam bilik kraf. Ambil gambar produk untuk listing di Carousell. Pack mana yang patut. Siap-siapkan barang yang perlu dipos kepada pelanggan. Musim PKP ini saya hanya buat urusan pengeposan dua minggu sekali. Tidak berani hendak berlama-lama di luar.

Saya memang akan buat pek mini hiasan kraf mengikut tema. Saya akan kumpul bahan-bahan ikut tema tertentu daripada koleksi material kraf saya supaya dengan satu pek itu sahaja, pembeli boleh hias lembaran jurnal atau buku skrap mereka tanpa perlu bazir duit untuk beli banyak paper pack dan embellishments yang berbeza. Jimatlah sedikit.

Jom tengok sebahagian daripada listings baharu saya.


Hitam Putih

Bombolini Fluffy Sungai Buloh

Khamis, Februari 11, 2021

Sesekali, saya dan Bott memang gemar reward diri dengan donut atau bombolini. Tak boleh selalu, puas nak bunuh kalori nanti. Kebiasaannya, apabila kami rasa banyak urusan yang berjaya diselesaikan untuk bulan itu, barulah berbaloi beri ganjaran manis buat diri.

Jika sebut tentang bombolini, pilihan bombolini pastilah Bombolini Fluffy Sungai Buloh. Inilah bombolini yang mula-mula tular dua tiga tahun dahulu. Masa tu saya memang tak pergi langsung. Pandang dengan ekor mata je sebab tak tahan nak beratur panjang. 

Di sini dan kawasan sekitar memang ada banyak gerai atau kedai yang menjual bombolini sejak orang kita pandai makan donut bulat berkrim pastri yang berasal dari Itali ini. Tetapi, saya hanya berani beli Bombolini Fluffy Sungai Buloh by Izzah sahaja. Yang lain saya tak yakin. Kenapa? Sebab kadang-kadang ada yang tak macam bombolini rasanya; ada yang sampai gagal dikenal pasti perisa apa (sebab manisnya kusmangat dah menyengat sampai ke kepala!); ada yang 'kempislini' hahaha.

Empat sebab mengapa saya suka Bombolini Fluffy Sungai Buloh

Beli Syampu Rambut Murah 3 Liter

Selasa, Februari 09, 2021

Baru-baru ini saya beli syampu rambut murah 3 liter. Teman saya, Angela yang sarankan satu online shop di Shopee. 

Teman saya ini rajin berkongsi perkara-perkara baik yang bermanfaat untuk saya. Asalnya kami berkenalan sebab sama-sama suka buat kraf. Bila dah makin rapat tu, macam-macam bendalah yang dikongsikan. Baik dan caring orangnya. 

Ada satu masa, saya selesema, time tu juga dia hantar resepi sup herba untuk saya buat. Saya kata nak start diet, ambil makanan lebih sihat, berdedai-dedai resepi sedap dengan bahan-bahan budget-friendly yang masuk inbox saya. Siap nak hadiahkan saya pressure cooker baharu untuk memudahkan saya rangka menu diet. Malah, ketika mula-mula PKP dahulu, dia yang ajar saya di mana hendak beli hand sanitizer, multiporpose sanitizer, bleach apa semua tu dalam saiz jumbo dengan harga yang amat berpatutan. Saya kalau bab-bab jimat, diskaun, pembelian berbaloi memang suka sangat! Happy tak terkata!

Samalah dengan syampu rambut 3 liter ni. Kira kita beli produk penjagaan rambut dengan harga borong. Tak pernah terlintas pun sebelum ini. Selama ini, paling besar saiz syampu yang saya beli 1 liter je, yang Family Pack. Ini 3 liter tau! Jimat? Memang jimat sangat!



Setiap botol berisipadu 3 liter di atas cuma berharga RM12/ sebotol.  Sebelah kiri perapi rambut manakala sebelah kanan, syampu.

Syampu ni syampu serai. Bau wangi-wangi herba gitu. Memang puas hati. Selalu kalau kita beli syampu yang murah, bau pada rambut tak tahan sangat, kan... syampu ni wangi dan bau tahan lama. 

Selain daripada syampu serai, ada juga varian cool mint dan jasmin. Perapi rambut pun OK. Cuma bau yang saya pilih ini ada hint macam bedak bayi sikit. Nanti pada masa akan datang, saya hendak cuba syampu cool mint dan perapi honey dew pula.

Rambut saya jenis normal, tiada masalah dan tidak perlu penjagaan khusus. Jadi, tak sukar sangat bab pilih syampu ini. Saya pula memang kerap bersyampu. Sesuailah produk ini untuk kegunaan saya. Tetapi, seandainya rambut kalian perlu rawatan khas, syampu di atas mungkin tidak sesuai untuk kalian ya.

Jumlah pembelian hanya RM24 (guna baucar free shipping), saya boleh berlapang dada tanpa memikirkan stok syampu dan perapi untuk satu tempoh masa yang agak lama. 😂

Berbaloi, kan?

Bagi yang berkenan, bolehlah cuba intai-intai kat Shopee. Saya lupa nak ambil link. Kalian cari pakai nama tu jelah ya.




Macam Munyuk

Isnin, Februari 08, 2021

Assalamu’alaikum. Hai semua! Selamat memulakan minggu baharu. Semoga kalian baik-baik sahaja.

Semalam hari lemau saya. Tak larat nak buat apa-apa. Malas tu berat benar di hadapan semua perkara. Mujurlah tiada tugasan yang memerlukan komitmen segera. Jadi, sambil melayankan angin mengada-ngada, saya duduk depan laptop, explore gambar cantik-cantik di internet. Cari idea untuk next craft project konon-kononnya.

Terserempak pula dengan spesies orkid ini. Kagum, tercengang, tidak percaya. Selama ini saya pernah dengar penggemar bunga anggerik bercerita, tetapi tidak sangka pula memang betul-betul mirip macam monyet!



Ini dracula simia atau dracula gigas. Juga dikenali dengan nama anggerik monyet atau orkid drakula. Tetapi, jangan bimbang. Drakula yang ini tidak menghisap darah! 🤣