Jambu Batu Cecah Kuah Cuka
Jumaat, Mac 05, 2021
Resepi Air Fryer - Tauhu Gejrot
Rabu, Mac 03, 2021
Hari ini saya ingin kongsi resepi tauhu gejrot versi saya yang disediakan menggunakan air fryer. Apa itu tauhu gejrot? Tauhu gejrot merupakan sejenis hidangan masakan Indonesia yang berupa potongan tauhu goreng, dimakan dengan kuah bercili yang masam-masam pedas.
Ikut resepi asal, kena pakai tauhu Sumedang. Susah nak jumpa tauhu Sumedang ni. Kali terakhir saya beli di pasar tani. Sekarang ini tak tahulah ada lagi ke tidak produk tauhu Sumedang dijual di sana. Tetapi tak mengapa, pakailah apa-apa jenis tauhu pun. Tauhu keras biasa boleh. Tauhu kering pun boleh. Ini saya pakai tauhu keras biasa.
Penyediaan resepi ini ada dua proses. Satu kita mengulek. Tumbuk kasar bahan-bahan yang ada. Satu lagi, di sinilah peranan air fryer - kita hendak goreng tauhu tanpa menggunakan minyak. Jangan risau, bagi yang tidak miliki air fryer, kalian goreng sahaja tauhu seperti biasa ya.
Hello March | Tetamu Hebat Februari
Selasa, Mac 02, 2021
Assalamualaikum.
Sudah bulan Mac rupanya! Hello, March! Moga bulan ini baik-baik sahaja untuk kita semua. Saya doakan setiap urusan kalian akan berjalan lancar dan dipermudah Allah.