Terima Kasih Tetamu Hebat Mac 2021

Khamis, April 01, 2021

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.

Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.

Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.

Hiasan Junk Journal Lagi ...

Rabu, Mac 31, 2021

Hari Ahad lepas saya luangkan masa di bilik kraf. Hari-hari biasa sibuk dengan kelas online, hujung minggulah baru ada ruang masa untuk aktiviti kegemaran saya - tulis jurnal, hias jurnal, hias scrapbook page dan buat embellishments (hiasan untuk jurnal dan planner). 

Sudah alang-alang berada di bilik kraf, saya ambil peluang untuk siapkan beberapa pek kertas dan hiasan untuk jualan. Kebetulan stok embellishments di Carousell saya dah berkurang. Seperti biasa, saya fokus pada hiasan untuk junk journal. Saya sebenarnya agak terkejut dan tidak menjangka sama sekali akan ada permintaan terhadap hiasan junk journal ni. Ramai juga yang minat hias jurnal dengan vintage look/theme rupanya. 

Okey, jom tengok apa yang saya berjaya siapkan.

#1 - Junk Journal Embellishments Pack - Music

Hidangan Sarapan - Lempeng Jagung Manis Ala Krim

Selasa, Mac 30, 2021

Tercari-cari idea untuk menu sarapan? Apa kata cuba buat lempeng jagung krim ini. Mudah, tidak perlu ambil masa yang lama untuk sediakan. Makan begitu sahaja sudah cukup sedap, apatah lagi jika dinikmati dengan jem, madu, sirap mapel atau mentega kacang.


Misi Mencari Adem Sari dan Bonjela

Isnin, Mac 29, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Minggu lepas, Bott kena sariawan (ulser mulut). Panas dalam lah tu. Dengan cuaca tak menentu, dengan tak cukup minum air, 'berkeronyot' muka dia menahan sakit. Nak makan pun tak lalu. Bila saya tanya tak sapu Bonjela ke? Dia kata Bonjela tak ada, dah lama habis. Saya suruh pergi minum Adem Sari untuk sejukkan badan. Tengok tengok Adem Sari hanya tinggal kotak je. 

Mengenangkan si Bott ni kalau kena ulser memang teruk dan boleh ambil masa yang agak lama untuk sembuh, hendak tidak hendak memang kena cari Bonjela dan Adem Sarila jawabnya.

Pergi farmasi berhampiran, Bonjela habis. Redah semua kedai runcit, kedai Aceh yang ada di kawasan saya, tiada Adem Sari. Kehabisan stok. Aisey, apa dah jadi ni?

Malas hendak terus memburu benda yang belum tentu ada, makanya, terpaksalah beli online. Bonjela beli di Shopee sebab kebetulan saya ada baucar Shopee + free shipping. Adem Sari pula beli di Lazada. Alhamdulillah, Adem Sari dapat harga terbaik. RM4.50/sekotak yang berisi 6 sachet. Selalu kalau beli sekitar RM5 - RM6. Dapat kurang lagi sebab saya tebus baucar Daily Rewards tu RM1 + free shipping. Kira berbaloilah. Lebih murah berbanding harga yang biasa saya beli di kedai. Jimat beberapa ringgit di situ.

Selang sehari, barang-barang yang dipesan selamat sampai.

Siap dapat free gifts lagi. Sample BB Cream Cosmoderm dan gula-gula Hexos Lemon Mint.