Angpow untuk Yuri
Selasa, April 20, 2021
Semasa Hari Raya Cina Februari yang lalu, saya dapat angpow. Dapat angpow, terus leka membelek sampul angpow yang cantik dan berseni perincian coraknya.
Tengok ni ...
Setelah puas belek angpow, terus saya simpan dalam laci. Lupa langsung isi di dalamnya.
Berminggu-minggu selepas itu, semasa mengemas laci jumpa balik angpow ini. Baru je nak excited feeling-feeling kaya sebab jumpa duit terselit, tiba-tiba Bott datang sambil kocak balang makanan Yuri yang tinggal suku.
Banyak juga keperluan dan barang-barang si Yuri ni habis. Makanan ... syampu ... vitamin dan ada beberapa produk grooming yang perlu dibeli.
Alhamdulillah, intai kandungan dalam sampul, cukup untuk cover beli barang-barang Yuri. Bakinya pula buat beli bekalan makanan untuk kucing luar rumah (Baca: kucing jantan liar tak bertuan yang nak tackle Yuri). Tak dapat Yuri, sekurang-kurangnya dapat makanan , jadilah. 😸


