Resepi Mudah Cakoi Pasti Jadi

Ahad, Mei 30, 2021

Jom kita buat cakoi! Cakoi ini memang kegemaran semua di rumah ini. Kalau buat memang laku keras. Di bawah ini saya kongsikan dua versi resepi cakoi yang kalis gagal (foolproof). Kalau buat, pasti jadi punyalah cakoi yang diadun.

Maafkan rupa paras cakoi saya yang kontot-kontot. Saya suka saiz mini begini.

Cakoi dompot gebu 😊

Resepi Mudah Cakoi

Resepi #1

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g (2 cawan) tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula

Tangkap 20 Juta Pageviews Amie's Little Kitchen

Sabtu, Mei 29, 2021

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.

Saya ingin kongsi kegembiraan saya dapat 'duit raya' ni. Kisahnya, pada petang Rabu (Hari Wesak) saya cuba luangkan masa untuk blogwalking. Masuk blog Kak Amie (Amie's Little Kitchen) dan antara entri terkini Kak Amie ialah Jom Tangkap Pageviews ke 20 00 000. Menarik ni! Kebetulan, ketika itu paparan pageviews memang dah hampir sangat ke angka 20 juta. Adalah tinggal 1 k sahaja lagi.

Saya pun terujalah hendak 'memukat' paparan pageviews 20 juta tu. Selama ini, biasa baca blogger NA yang bernasib baik dapat capture nombor cantik di blog yang anjurkan cabaran sama. Sempat lagi cerita dekat Bott 'misi' saya kendatipun kebarangkalian untuk berjaya sangat tipis. Kami berdua sempat gelak besar lagi sebab rekod saya dalam bab-bab cuba nasib, cabutan bertuah atau apa-apa yang seangkatan dengannya memang jarang bertuah.

Baru hendak baca entri Kak Amie yang lain, Cekebon telefon. Sambung sesi borak kami yang tertangguh tadi dalam kurang lebih dua puluh minit. Selesai berbual dengan Cekebon, sempat saya tekan butang refresh sebelum saya terlelap. Hahaha! Dalam entri saya pergi klinik semalam, saya ada cerita saya dapat ubat baharu, kan? Uishhh! Memang ubat tu bukan calang-calang kesan mengantuknya pada saya. Pantang lepa je saya Zzz Zzz Zzz. Tak mampu buat apa dah! 😅

Sepetang di Klinik Kesihatan Sungai Buloh

Jumaat, Mei 28, 2021

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat.

Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.

Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.

Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.

Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor. 


Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan

Spageti Kicap

Rabu, Mei 26, 2021

Masuk setengah bulan Syawal ni, dah tak terfikir nak makan juadah atau menu raya. 😊 Jadi, untuk makan tengah hari semalam saya buat spageti kicap. Sebenarnya teringin hendak masak Hokkien Mee sebab dah lama tak makan. Tetapi, masa pergi beli barang dapur tempoh hari, lupa pula hendak beli mi Hokkien atau mi udon. Minyak bijan pun habis. Makanya, kita buat jelah spageti kicap 😁.


Resepi Spageti Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g spageti direbus dan ditus. Portion ni cukup untuk 2 - 3 orang makan sampai kenyang. 😄 Jangan lupa, asingkan satu cawan air rebusan spageti untuk dibuat kuah nanti. 
  • 1 ketul dada ayam dipotong kecil.
  • 2 - 3 biji tauhu dibelah lapan dan digoreng terlebih dahulu.
  • 1 biji tomato dibelah lapan
  • beberapa tangkai sawi
  • 5-6 ulas bawang putih dicincang
  • 2.5 cm halia dicincang atau diparut (Lebih kuranglah ya. Jika suka rasa halia yang ketara, dilebihkan, jika tak tahan halia, kurangkan)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (kicap masin)
  • garam jika perlu
  • sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah 
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • garam (jika perlu)