Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat.
Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.
Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.
Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.
Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor.
Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan