Halusinasi - Fieya Julia (Easy Chords)

Selasa, Jun 15, 2021

Hujung minggu lepas, selepas keletihan main gulung-gulung kertas untuk Projek Soldadu saya (Baca mengenainya di sini.), saya berehat sebentar dengan Si Kapok. Sempat tukar tali, lap body ... dah cantik berseri kita meriahkan suasana rumah, mainlah lagu barang sebuah dua. 

Ini merupakan lagu terbaharu Fieya Julia. Ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Fieya sendiri. Demo version katanya. Yang official belum keluar lagi. Saya suka dok ulang-ulang lagu ni di Youtube. Lembut je suara Fieya menerjah indera. Ada bahagian tertentu lagu ini yang mengingatkan saya pada lagu Kau Pergi Jua - Adam Ahmad.

Kord gitar Halusinasi di bawah bukan original chords. Saya sudah transposed ke versi yang lebih mudah. Selamat berdendang.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Halusinasi - Fieya Julia (Easy Chords)


[Intro]

C C


     C                F

Dirimu hadir bagaikan mentari

        G           C

kau pergi dan kembali

        A                Dm

tak pernah engkau kekal setia bersamaku

     F            G       C

ku tahu engkau bukan milikku

Resepi Air Fryer - Ubi Bakar Cajun

Isnin, Jun 14, 2021

Satu lagi resepi mudah untuk disediakan yang sangat sedap dibuat kunyah-kunyah, Ubi Bakar Cajun. Untuk resepi ini, saya menggunakan dua jenis ubi - ubi kentang dan ubi keledek oren. 

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Cuma ubi, sedikit minyak, beberapa ulas bawang putih dan rempah cajun secukupnya. Jika tiada rempah cajun, boleh ditukar kepada thyme atau rosemary. Tetapi, dah tak boleh panggil ubi bakar cajun lah ya. 

Projek Soldadu BTS

Assalamualaikum. 

Saya terima tempahan projek kraf baharu. Sebenarnya , jika diikutkan saya dalam fasa berehat tidak ambil apa-apa tempahan kraf. Tetapi, disebabkan yang meminta ni seseorang yang sangat baik dengan saya, selalu ingat saya ... jadi saya okeykan sahaja. Tak sedap hati pula nak tolak. Tambahan pula, projek ini tidak mendesak. Saya boleh ikut kesesuaian masa saya sendiri untuk siapkan.

Lama juga kerah otak cari idea. Setelah idea dasar dan sketch siap, saya menung sekejap. Masalah saya ialah projek ini melibatkan dua perkara yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan saya:

Kredit

1) BTS (Ya, kalian tidak salah baca. Memang BTS.)

2) Quilling  - seni menggulung dan membentuk kertas.


Saya tahu tentang quilling. Tetapi, tidak pernah tergerak hati untuk belajar quilling kerana bagi saya seni ini agak remeh dan memerlukan fokus yang banyak. Dua hari ini, kerja saya saya tonton video tutorial di Youtube dan buku kraf lama. Mata pun sampai berpinar-pinar dok menggulung kertas. 😅

Mencintaimu - Jom Selawat bersama Rabbani

Sabtu, Jun 12, 2021

Sekitar penghujung April yang lalu, kumpulan Rabbani melancarkan lagu baharu mereka yang bertajuk Mencintaimu. Lama juga tidak mendengar karya baharu mereka setelah Santun, lagu penyertaan mereka dalam APNI.

Mencintaimu mengajak kita untuk mengenang dan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Melalui lagu ini juga, kumpulan Rabbani bekerjasama dengan Pondok AlBari' untuk mengumpul dana sebanyak RM800,000 untuk menyiapkan pondok pengajian, madrasah dan musolla. Ustaz Ridhwan dari Pondol AlBari' turut menyumbangkan suara untuk lagu ini.

Klip video Mencintaimu boleh ditonton di Youtube. Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada Pondok AlBari', segala maklumat dan butiran ada di sana. Mudah-mudahan melalui usaha ini, Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ dapat segera didirikan dengan sempurna.


Sentuhan segar tetapi tetap menyentuh perasaan.

Bagi saya, antara tarikan lagu ciptaan Daqmie dan Ustaz Neezam AlBanjari/Jart Hassan ini ialah susunan muziknya yang segar, dapat memikat cita rasa pendengar pelbagai lapisan usia. Kerancakan bahagian korusnya akan menggamit kita untuk sama-sama berselawat. Mesej yang terkandung dalam lirik juga jelas dan mudah sampai kepada semua.