Keju Atas Keju
Selasa, September 14, 2021
Seminggu dua ni saya perasan tabiat suka mengunyah saya semakin menjadi-jadi! Ni semua salah Yuri Van Houtten! Minggu lepas dia sakit sampai hilang selera makan, selera makan tuannya pula yang bertambah-tambah!
Tatkala keinginan untuk mengunyah tu sampai, saya pergilah selongkar pantri. Rumah saya memang tak ada stok jajan sangat sebab bahaya untuk tabiat suka mengunyah saya. Tetapi, di pantri mungkin boleh jumpa sesuatu. Selalunya apabila adik-adik saya hantar barang atau makanan, akan ada terselit sepek dua jajanan seperti keropok, kerepek atau snek kering lain. Bott biasa simpan barang-barang tu di dalam kabinet.
Yes! Jumpa Ritz Toasted Chips Perasa Cheddar satu pek. Selongkar-selongkar lagi, jumpa Salim Triangle Cheese pula. Keju tiga segi ini merupakan keju diproses produk Arab Saudi. OK, now we’re talking! Keenakan keju berganda!
Canelé Burrow Sedap Sampai Teringat-ingat
Isnin, September 13, 2021
Pengalaman pertama kali menikmati canelé dari kafe Burrow, saya terus jatuh cinta. Selama ini hanya berpeluang lihat gambar dan baca ulasan mengenai keenakannya sahaja. Hujung bulan lalu, adik-adik saya yang berdua tu tiba-tiba sahaja tekak mereka tukar warganegara. Teringin sangat hendak makan pastri Perancis ini. Gigih pergi borong canelé di Burrow, BSC.
Alhamdulillah, ada juga terselit rezeki saya. Selepas makan tengah hari, sekotak canelé selamat sampai kepada saya.
| 9 biji canelé enak Burrow |
Burrow memang terkenal dengan canelé mereka selain beberapa jenis kek, biskut dan pemanis mulut yang lain. Canelé di Burrow ada enam perasa - The OG (Original), Cocoa-Nut, Espresso Ganache, Matcha, Maple Pecan dan Lucky Marmalade.