Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Dua Minit

Khamis, Mac 10, 2022

Assalamualaikum.
Bagaimanakah perjalanan minggu kalian setakat ini? Harap semuanya baik-baik sahaja. 

Baru sahaja hendak masuk dapur untuk masak hidangan sarapan, saya dapat panggilan telefon daripada Khudri. Khudri a.k.a. Khud ini anak jiran lama saya. Sekarang tinggal di kampung sebelah. Saya pernah cerita mengenai Khudri dengan kisah lontong pecal fully vaccinated sebelum ini di sini.

"Kak long, dua minit lagi saya sampai!"

Ungkapan dua minit itulah yang buat saya gelabah, tak cukup tanah lari cari baju labuh dan tudung hendak menyambut rezeki. Khudri kalau datang singgah, mesti bawa makanan. Buka-buka pintu, dia sudah tersengih dengan dua bungkusan di tangan.

Rezeki sampai depan pagar. 😊

Hilangkan Sedu dengan Daun Pudina

Sedu atau hiccups merupakan masalah yang biasa dihadapi tidak kira dalam kalangan orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Kadangkala keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

Sedu Tanda Hendak Membesar?

Sewaktu kecil, apabila tersedu saya akan cepat panik. Arwah nenek selalu pujuk dan tenangkan saya dengan kata itu petanda nak membesar. Terus boleh ketawa kekeh-kekeh sebab teruja nak besar. 😄

Betulkah sedu tanda hendak membesar?

Dari sudut sains, sedu terjadi apabila berlaku pengecutan otot diagfragma secara tidak terkawal. Otot ini bertanggungjawab memastikan keluar masuk udara ke paru-paru. Apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah, menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar dari paru-paru. 

Namun, ada tindakan-tindakan tertentu kita yang menyebabkan otot diagfragma terganggu. Misalnya makan dengan terlalu cepat, makan makanan pedas atau berempah, minum air berkarbonat ... terlalu gembira dan tertekan pun boleh jadi puncanya. Gangguan inilah yang menyebabkan sedu. Malah, kita akan biasa mendengar bunyi ‘hik’ ketika sedu kerana pada peringkat ini, udara menerjah kerongkong secara mengejut dan melanggar peti suara.


Tips Hilangkan Sedu

Sebenarnya ada banyak petua dan tips mudah untuk atasi hiccups (sedu). Antaranya:
  • Minum segelas air masak perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.
  • Tarik nafas, tahan selama 5 - 10 saat barulah dilepaskan. Jika perlu ulang langkah ini sebanyak beberapa kali.
  • Berpura-pura batuk atau cuba untuk bersin.
  • Kunyah ais atau berkumur (gargle) dengan ketulan ais.
  • Minum satu sudu perahan jus lemon atau limau.

Pernah atau tidak alami keadaan sedu yang agak lama? Ada kalanya hiccups yang berpanjangan turut disertai dengan pedih hulu hati (heartburn). Andai dah lama-lama sedu, mesti kita akan rasa rimas dan tidak selesa, bukan?


Petua Hilangkan Sedu dengan Menggunakan Daun Pudina

Saya ingin kongsi petua hilangkan sedu dengan menggunakan daun pudina. Jom cuba cara ini.

Koleksi gambar lama. Pudina dari taman herba mini saya :)

Wordless Wednesday - Peanut Butter On The Side

Rabu, Mac 09, 2022

 

Beef brisket sandwich, lettuce and peanut butter on the side 🤤


Fasa - Hazama ft. Tuju (Easy Chords)

Selasa, Mac 08, 2022

Fasa, lagu terbaharu Hazama yang berkolaborasi dengan Tuju ini merupakan salah satu daripada runut bunyi untuk drama Suamiku Lelaki Pendosa. Pertama kali dengar, terus jatuh suka walaupun sewaktu itu saya tidak tahu Fasa merupakan lagu runut bunyi drama penuh kontroversi ini. 

Chords Fasa di bawah bukan chords asli. Saya sudah transposed ke versi yang lebih mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower