Rezeki Kuih Angku

Rabu, April 13, 2022

Baru-baru ini balik kampung jumpa Cekebon. Seperti biasalah, macam-macam yang Cekebon dan Cekengah bekalkan. Saya kalau balik sana memang kena bawa beg tambahan. Nak mengangkut oleh-oleh, lauk-pauk, snek kunyah-kunyah dan macam-macam lagilah.

Antara bungkusan yang dibawa balik, ada sebekas kuih angku. Pernah makan tak? Kuih ini dinamakan angku atau red tortoise cake. Bentuknya comel seperti kura-kura 😊. Dahulu semasa di sekolah menengah, saya selalu makan kuih ni. Kawan sekelas saya ni peranakan baba nyonya, selalu dia bawa untuk saya. Saya pula tahu makan je. Banyak tau kuih baba nyonya lain yang saya berpeluang rasa tetapi tak pernah ambil tahu pun apa nama kuihnya. Dah tua-tua nilah baru ambil maklum, ini kuih angku.

Angku | Red tortoise cake

5 Idea Kad Raya DIY

Assalamualaikum. Sudah mula fikir tentang kad raya? Saya ingin kongsikan 5 idea kad raya DIY yang menarik untuk dicuba. Apa kata tahun ini kita hidupkan semula tradisi pemberian kad raya macam dulu-dulu dengan kad raya DIY hasil tangan kita sendiri. Tidak perlu dapatkan bahan atau material yang mahal-mahal, hanya dengan bahan yang minimum kita boleh hasilkan kad hari raya yang cantik dan bermakna.


5 Idea Kad Raya DIY Kreatif

Di bawah ini, saya kongsikan idea-idea kad raya mudah menggunakan beberapa bahan yang senang diperoleh.


1. Balang Kuih Raya

Ini kad hari raya yang saya buat pada tahun 2019. Guna kertas kraf yang tebalnya 230gsm, kemudian cetak gambar balang kuih raya. Disebabkan saya malas hendak fikirkan kuih raya apa yang patut 'diisi' di dalam balang berkenaan, saya letak Fakta Nutrisi Lebaran. Tidak perlu pening kepala hendak lukis kuih tart atau biskut makmur. 😂

Kad raya - Fakta Nutrisi Lebaran

Nampak tak, nilai peratus harian saya melampau betul peratusannya. 😅 Sepatutnya apabila dijumlahkan dapat 100%, tapi saya buat ikut kepala sendiri sebab saya rasa 100% tu tak cukup banyak untuk gambarkan kegirangan hari raya. Jika berminat hendak buat kad raya bentuk balang kuih ini, boleh intai entri saya di sini ya.


2. Kelarai (Anyaman Mudah)

Salam Syawal, Salam Lebaran

5 Idea Hidangan Ayam untuk Menu Berbuka Puasa

Ahad, April 10, 2022

Tercari-cari menuu hidangan ayam untuk berbuka puasa? Di sini saya kongsikan 5 idea hidangan ayam yang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Dari ayam daun kari sehinggalah ke ayam masak lada hitam, kesemuanya sedap belaka.


1. Ayam Daun Kari

Ayam Daun Kari

Bento Ayam Panggang Pencok

Isnin, April 04, 2022

Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-2. 

Bento Ayam Panggang Pencok ini kisah beberapa hari sebelum puasa. Sebenarnya sudah agak lama saya teringin hendak makan ayam pencok. Sesetengah orang panggil ayam panggang pencok, ada juga yang panggil pencok ayam. 

Entah mengapa, tiba-tiba pula rindu menu ayam panggang yang direnih dengan kuah pekat sehingga mengering ni. Manalah nak cari lauk ayam pencok ni? Saya siap cakap dengan Bott, tak apalah kalau tak jumpa… nanti untuk raya cari kalau-kalau ada yang open order

Hendak dijadikan cerita, saya keluar jumpa kawan atas urusan kerja. Kawan saya pesan makanan tengah hari untuk dirinya. Tahu-tahu ada rezeki untuk saya juga.

Bukan calang-calang rezeki tau! Rezeki ayam panggang pencok!

Ayam Panggang Pencok Bento

Bento Ayam Panggang Pencok ini dari De Wan, restoran milik Chef Wan. Tidak silap saya, ayam panggang pencok antara signature dish di situ.

Ayam Panggang Pencok Bento