Ikan Pekasam Kicap untuk Mulut Payau
Khamis, November 03, 2022
Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.
| Ikan pekasam kicap asam limau |
| Ikan pekasam kicap asam limau |
Assalamualaikum. Salam 3 November! Nampaknya, kita ada kurang dua bulan sahaja sebelum bertukar tahun ke 2023. Masa memang betul-betul pantas berlalu, kan?
November akan jadi bulan yang sibuk buat saya. Sibuk dengan kerja pada masa yang sama sibuk kemas barang untuk berpindah. Jika sebelum ini kotak-kotak untuk isi barang saya pandang dan jeling sebelah mata sahaja, bulan sebelas ini saya sudah kena berpijak pada realiti. Mahu tidak mahu, terpaksa kerah kudrat untuk berkemas. Aduhai, malasnya!
| Happy November! |
Dua tiga minggu ini saya banyak urusan di luar. Jadi, memang banyak makan makanan luar. Sampai rumah memang dah tak larat nak masak. Lazimnya, saya tapau sahaja apa-apa yang memikat selera dalam perjalanan balik. Tak pun, tunjuk-tunjuk tekan-tekan di Grab.
Kali ini, sengaja manjakan tunas rasa dengan kopi Vietnam dan sate. Kopi Saigon dan Gerobak Sate menjadi pilihan.
| Kopi Saigon kami 😊 |