Tepung Ayam Goreng Bon Chef
Selasa, September 12, 2023
Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bon Chef ini pemberian teman saya. Sebenarnya, saya belum pernah cuba sebarang produk Bon Chef sebelum ini. Biasa juga nampak di kedai Eco, tetapi saya tidak beli.
| Tepung Bon Chef Hot & Spicy |
Alang-alang dah ada tepung goreng serbaguna, kita manfaatkanlah sebaiknya. Buka sahaja pek, bau pedas tepung tu dah menyengat hidung! Bersin-bersin saya dibuatnya. Mujurlah tidak bersepai pek tepung di tangan.
Untuk percubaan pertama, saya buat tempe goreng. Tempe sekadar disalut nipis dengan tepung, kemudian digoreng sehingga rangup di dalam air fryer.
Inilah hasilnya.
| Tempe goreng rangup |
Kacang Kuda Salut Tepung
| Kacang kuda goreng |
Kira menjadi jugalah kacang kuda goreng saya ni meskipun saya tak berapa cekap memisahkan butir-butir kacang semasa menggoreng. Banyak kacang-kacang jadi kembar dua, kembar tiga. 😅 Insya-Allah, nanti saya kongsi resepinya apabila ada kelapangan.
Bagi saya, tepung goreng serbaguna Bon Chef ni okey. Berasa dan dapatlah tekstur rangup untuk gorengan. Cuma jika dibandingkan dengan Tepung Bestari, saya lebih gemar Tepung Bestari berbanding yang ini.