Tali Raya untuk Si Kapok

Jumaat, Mei 03, 2024

Gitar tua saya, Si Kapok, sudah lama tidak bertukar tali. Sibuk sangat dua tiga bulan ini, saya tangguhkan dahulu pembelian tali gitar. Sekarang dah ada waktu lapang, barulah hal ehwal Si Kapok dibenakan.

Beberapa hari lepas buat pembelian tali gitar akustik di Shopee. Alhamdulillah, sudah selamat sampai semalam.

Ernie Ball Earthwood 80/20 Acoustic Guitar Strings Extra Light

Earthwood Acoustic Guitar Strings 80/20 Bronze Aloy

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Pagi ini, bangun-bangun sahaja sudah terasa lapar. Terus buka peti ais, tengok apa yang boleh diusahakan. Kebetulan ada seketul dua lebihan ayam goreng lauk semalam. Ada sayur sawi. Pergi intai pantri, ada mi kering. Alhamdulillah, cukup bahan-bahan yang diperlukan. 

Bott, nak maggi goreng sayur lebih, pleaseee! 

Kena mengendeng Bott siapkan sarapan. Saya perlu uruskan Si Yuri dan Rhea pagi-pagi ni. Hari ini hari budak dua ekor tu  kena mandi dan grooming. Bulu masing-masing dah macam bulu musang dah!


Tadaaaaaa!

Maggi goreng kari

Makan Malam di Restoran Sunil Shetty

Khamis, Mei 02, 2024

‘Jom makan dekat restoran Sunil Shetty!’ 

Apabila sudah ramai-ramai berkumpul masa raya dan ada yang mencetuskan idea, maka satu rombonganlah pergi serbu Copper Grillhouse, cawangan Copper Chimney (sebuah restoran terkenal India) yang baru dibuka di Taman Tun Dr. Ismail. 

Copper Grillhouse

Bahagian dalam tingkat bawah.

*Kredit gambar - Instagram Copper Grillhouse


Tempat makan ini baru sahaja dibuka pada awal tahun. Disebabkan aktor Sunil Shetty yang merasmikan pembukaannya, terus lekat kami panggil restoran Sunil Shetty. Selalu lalu-lalang sahaja depan restoran ini, tetapi belum berkesempatan singgah makan.

Kebetulan, ada sesuatu yang ingin kami raikan. Jadi, inilah peluang cuba makan di tempat baharu! Tempahan kami pukul 8 malam. 15 orang dewasa. Yang kecil-kecil tidak turut serta.

Copper Grillhouse menawarkan juadah-juadah autentik dari Utara India. Kami pesan itu sedikit, ini sedikit… buek ghaso-ghaso 😊. Antaranya:

  • Chand Chowt Chaat
  • Lamb Rogan Josh 
  • Burrah
  • Signature Kabab Platter Non-veg
  • Gosht Dum Briyani
  • Murg makhani (Butter chicken)

Tetapi, maaflah tiada gambar makanan yang betul-betul proper. Lapar sangat! Makanan sampai terus masuk mulut. Tak sempat nak ambil gambar food dalam keadaan sempurna sebelum diusik.

Antara roti yang dipesan.

Kopi Pagi - Black Sunrise

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Biasalah, kena mulakan hari dengan secangkir kopi. Hari ini saya ada banyak urusan pada sebelah pagi. Jadi, saya perlukan sesuatu yang ‘menyengat’ untuk sentak rasa mengantuk dan malas kerja saya. 😅

This is my morning coffee for today. 

Black Sunrise
Bread Bar, Taman Tun Dr. Ismail.

Black Sunrise