Roti Labu Lembut dan Gebu
Jumaat, Julai 12, 2024
Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.
Sudah makan tengah hari ke belum tu? Saya ambil heavy breakfast pagi tadi. Untuk tengah hari, hanya makan sepotong roti labu. Itupun sebab roti gebu ni macam dok ‘memanggil-manggil’ dari atas meja makan.
Pumpkin Loaf Bread History
Roti labu |
Gym, Kopi Butterscotch dan Junk Journal
Khamis, Julai 11, 2024
Assalamualaikum. Selamat hari Khamis!
Hari ini seawal pagi saya dah bersiap. Hendak turun ke gymnasium, nak exercise keluarkan peluh. Punyalah semangat!
Malangnya, semangat mula memudar sebaik sahaja keluar pintu rumah. Angin sejuk yang bertiup buat saya pertimbangkan semula niat saya.
Kena kuat semangat… kena kuat semangat… saya gerak turun ke tingkat facilities. Lalu kawasan kolam, angin makin kuat. Berjeda sebentar di sana ambil mood. Cuci mata tengok pokok-pokok di kawasan sekeliling.
Sampai depan pintu gym, belum sempat saya tap pass card, tahu-tahu saya pesong arah, tekan butang lif untuk turun ke kedai-kedai. 😂
Sejuk sangat! Saya perlukan kopi!
Kopi Butterscotch
Butterscotch coffee |
Biar Sampai Esok Cemburu
Another spread on my junk journal. |