Memburu Nasi Kerabu Kenny Hills Bakers

Rabu, September 25, 2024

Cerita memburu nasi kerabu ini kisah minggu lepas. Bott teringin nasi kerabu. Niat asal kami hendak makan nasi kerabu atau nasi dagang dari food truck Che Nah Nasi Dagang dekat Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI tu je. Malangnya tiada rezeki. 

Puas pusing-pusing cari tempat makan untuk bersarapan, (dengan harapan jumpa nasi kerabu) akhirnya kami ke Kenny Hills Bakers. Di sana confirm ada nasi kerabu! Hahaha hasrat orang teringin baiklah ditunaikan segera. Kalau tidak, esok lusa timbul balik episod mengidam nasi kerabunya. 😂


Nasi Kerabu

Siapkan Tempahan Penanda Buku Reben Elastik

Selasa, September 24, 2024

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat pagi! Sudah bersarapan atau belum?

Saya belum makan lagi. Pagi-pagi tadi dah masuk bilik kraf untuk siapkan tempahan penanda buku. Penanda buku yang dibuat daripada reben elastik ini ditempah oleh ibu saudara adik ipar saya, Aunty R.

Lazimnya, penanda buku reben elastik ini saya buat untuk novel biasa dan buku bersaiz A5 (lebih kurang 18-20 cm panjangnya). Tetapi, Aunty R mahu penanda buku yang lebih panjang, yang boleh fit saiz A4. Aunty R mahu masukkan ke dalam goodie bags, beri kepada teman-temannya untuk digunakan sebagai penanda al-Quran dan Tafsir.

10 penanda buku reben elastik untuk buku bersaiz A4 siap!

Elastic ribbon bookmark

Wordless Wednesday - Monopoly x Duck

Rabu, September 18, 2024

 

Monopoly x Duck


Kek Coklat Tanpa Tepung | The Bread Bar

Selasa, September 17, 2024

Assalamualaikum.

Selamat Hari Selasa! Selamat memulakan minggu baharu setelah cuti hujung minggu yang panjang. Harap keraian Hari Malaysia dan Maulud Nabi kalian telah dimanfaatkan sebaiknya.

Masih terbawa-bawa mood cuti, hari saya dimulakan dengan makan kek coklat! Layan selera tekak yang tiba-tiba mahukan dessert sebagai sarapan. Lagipun, jika sudah singgah di The Bread Bar, sukar menahan godaan Flourless Chocolate Cake yang memanggil-manggil dari bar roti dan pastri.

Inilah kek coklat tanpa tepung yang saya maksudkan. 😊

Flourless Chocolate Cake

Sepotong kek coklat mewah ini akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada kita. Bayangkanlah, sewaktu kek ini sampai ke meja, semerbak aromanya menyapa deria. Asyiknya!

Sebaik sahaja satu suapan masuk ke mulut, kita akan lupa diri! 😂 Tekstur kek yang lembut, kaya rasa coklat,   dinikmati suam-suam… so comforting! Kek ini mengingatkan saya kepada Chocolate Lava Muffin Starb***s, but this is way better! Puas hatilah makan. 

Boleh baca entri lain saya mengenai The Bread Bar di sini:

Selesai makan kek, minum kopi, (kopi saya pagi ini kopi air kelapa - saya pernah tulis entri mengenainya di sini) dan beli roti sourdough untuk stok makan di rumah, barulah boleh mula melunaskan urusan-urusan untuk hari ini.

Okey, jumpa lagi nanti! Semoga hari kalian indah dan menyenangkan.