Assalamualaikum.
Selamat Hari Selasa! Selamat memulakan minggu baharu setelah cuti hujung minggu yang panjang. Harap keraian Hari Malaysia dan Maulud Nabi kalian telah dimanfaatkan sebaiknya.
Masih terbawa-bawa mood cuti, hari saya dimulakan dengan makan kek coklat! Layan selera tekak yang tiba-tiba mahukan dessert sebagai sarapan. Lagipun, jika sudah singgah di The Bread Bar, sukar menahan godaan Flourless Chocolate Cake yang memanggil-manggil dari bar roti dan pastri.
Inilah kek coklat tanpa tepung yang saya maksudkan. 😊
|
Flourless Chocolate Cake |
Sepotong kek coklat mewah ini akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada kita. Bayangkanlah, sewaktu kek ini sampai ke meja, semerbak aromanya menyapa deria. Asyiknya!
Sebaik sahaja satu suapan masuk ke mulut, kita akan lupa diri! 😂 Tekstur kek yang lembut, kaya rasa coklat, dinikmati suam-suam… so comforting! Kek ini mengingatkan saya kepada Chocolate Lava Muffin Starb***s, but this is way better! Puas hatilah makan.
Boleh baca entri lain saya mengenai The Bread Bar di sini:
Selesai makan kek, minum kopi, (kopi saya pagi ini kopi air kelapa - saya pernah tulis entri mengenainya di sini) dan beli roti sourdough untuk stok makan di rumah, barulah boleh mula melunaskan urusan-urusan untuk hari ini.
Okey, jumpa lagi nanti! Semoga hari kalian indah dan menyenangkan.