Kasut Lampu Rumah Api | Mengandung Lagi

Rabu, Oktober 09, 2024

Assalamu’alaikum. Selamat Pagi Rabu.

Jumaat lepas, semasa siram pokok dan kemas-kemas balkoni, saya perasan pokok monstera saya mengandung lagi! Gembira betul saya tengok daunnya sudah bertambah.


Tunggu masa daunnya untuk terbuka 😊


Kord Gitar From FAMF Tower

Cendawan Enoki Goreng Rangup

Isnin, Oktober 07, 2024

Cendawan Enoki Goreng | Tengah duduk-duduk, tiba-tiba rasa teringin pula hendak makan cendawan tiram goreng. Dahulu, saya suka sangat beli cendawan tiram goreng di pasar malam. Setiap kali ke pasar malam, mesti akan beli dua tiga cup. Masa tu cendawan goreng ni kira tengah in. Aishhh… lama benar tak makan!

Intai di dalam peti sejuk, tiada cendawan tiram. Hanya ada cendawan enoki. Bolehlah. Enoki pun sedap juga, kan? Jadi, saya goreng cendawan enoki untuk minum petang.

Sedia untuk digoreng jeluk 😊

Tambah Stok Roti Sourdough

Saya memang penggemar roti sourdough (sourdough bread). Saya suka teksturnya yang berongga, kenyal-kenyal dengan rasa yang sedikit masam. 

Sabtu lepas ada rezeki tambah stok roti sourdough untuk rumah. Biasanya beli di kedai roti atau kafe sekitar TTDI. Kali ini, beli dari kedai roti di Damansara Kim pula.

Saya beli dua jenis. Country Sourdough…

Country Sourdough