10 Ramadan | Coklat Kurma Nua

Selasa, Mac 11, 2025

Assalamualaikum. Salam 10 Ramadan. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke sepertiga Ramadan. Harap kalian semua baik dan tenang-tenang sahaja.

Akhirnya, saya berjaya memaksa diri kembali menulis di blog setelah senyap buat seketika. Entah apa yang saya sibukkan entah. Hasrat untuk menulis entri baharu, blogwalking, ziarah kawan-kawan memang membuak-buak. Tetapi, dari hari ke hari asyik bertangguh.

‘Tunggulah, nanti hujung bulan lapang sedikit, baru masuk blog.’

‘Nantilah, bulan puasa ada masa senggang boleh blogwalking intai kawan-kawan.’

Tahu-tahu sudah 10 Ramadan! 

Ramadan 1446H

Seronok Main Mercun di Syurga

Jumaat, Februari 14, 2025

I am sorry for your loss.” Lembut sahaja kata-kata gadis berkaca mata berbangsa Cina memujuk saya. Saya yang ketika itu sudah teresak-esak menangis hanya menganggukkan kepala. Fokus saya kala itu pada jasad Yuri yang dingin kaku di atas meja rawatan. “Mungkin sekarang dia tengah seronok main mercun di syurga,” ujarnya lagi.

Okey, masa ini saya rasa macam hendak tersedak hingus sendiri. Tidak pasti mahu gelak atau nangis. Saya baru sahaja kehilangan Yuri yang sudah 13 tahun bersama saya dan di hadapan saya sekarang ini, seorang petugas klinik veterinar cuba menggembirakan hati saya dengan mengatakan yang Yuri kini berada di tempat yang lebih baik. Mungkin Yuri sedang bersuka ria main mercun di syurga.

Mentang-mentanglah masih dalam musim raya Cina, main mercun dikatanya. Nasib baik dia tak kata Yuri buat tarian naga. 🤣 Apapun, saya hargai niat murninya yang cuba tenangkan saya.

My Yuri 

Wordless Wednesday - 7 Hari Tanpa Yuri

Rabu, Februari 12, 2025

 

Yuri Van Houtten | 26 Oktober 2011 - 5 Februari 2025

😢


Rezeki Dapat Tauhu Semangat

Isnin, Januari 27, 2025

Assalamualaikum. Salam Israk Mikraj. Apa khabar semua? Bagi yang bercuti pada hari ini, selamat beristirahat ya. Bagi yang bekerja, selamat merampungkan tugasan kalian.

Hari ini kita cerita tentang tauhu. Hahaha! Tauhu pun boleh jadi cerita! Saya teruja sebenarnya sebab dapat tauhu besar-besar. Tidak pernah tengok tauhu besar begini di depan mata.

Tauhu besar! 😊