Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
Rabu, Mei 28, 2025
Canele dan chicken puff untuk coffee break saya. Over bebenor saya ni, kan? Duduk rumah pun nak ada coffee break. Kasi can la…
Cekengah hantar pagi tadi sebelum berangkat pergi melanglang buana. 😊 Oh, canele! Memang kegemaran saya ni! Sebiji tak cukup!
| Dari kiri: Chocolate canele, tak pasti (mungkin earl grey canele), pandan coconut canele. Tiga-tiga sedap! |
Fika moments saya hari ini diserikan dengan tiga biji canele, seketul chicken puff dan…
| … seekor anak bulus 😂 |
Bawa Diri
Kerana Dia Peminat Star Wars
Selasa, Mei 27, 2025
Set Hadiah Tema Star Wars | Ada seorang rakan lama saya yang minta tolong Bott buatkan book cover (sarung buku). Dia ingin beri hadiah kepada adik lelakinya, seorang ulat buku yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran awal bulan hadapan.
Pada mulanya, saya dan Bott ingin cari rekaan kain yang agak maskulin. Dalam pada kami berdua rambang mata dek melihat pelbagai corak kain di Shopee, terjumpa kain kartun Star Wars ni. Walaupun bukan Star Wars ori, kainnya comel sangat! Dapatlah kita tangkap karakter-karakternya. Adik kawan saya tu peminat tegar Star Wars. Memang rezeki dialah.
Alhamdulillah, semua mudah dan lancar. Kain murah (kualiti seperti yang diharapkan), penghantaran tidak ambil masa yang lama. Barang-barang lain yang diperlukan semua sudah sedia ada di rumah.
Selepas selesai buat book cover, masih ada banyak lebihan kain. Bott buatkan sekali wristlet key fob, rantai kunci yang boleh dipakai di pergelangan tangan dan coffee cup carrier.
Dapatlah satu set.
| Set Hadiah Tema Star Wars |