Bak Chang Mama Cah Kitchen

Khamis, Julai 17, 2025

Bak Chang Halal | Ada siapa-siapa yang suka makan bak chang? Kita satu geng. Bak Chang ialah sejenis makanan tradisi kaum Cina yang diperbuat daripada beras pulut dan mempunyai inti. Ala-ala ketupat. Kalau kita ada ketupat nasi, ketupat palas yang masing-masing dibalut dengan daun kelapa dan daun palas, bak chang dibalut menggunakan daun buluh.

Bak Chang berintikan daging, kekacang, cendawan shitake dan kuning telur masin yang dimasak dengan rempah beraroma. Dahulu, sukar hendak dapatkan bak chang halal kerana faham-faham sajalah daging apa yang digunakan. Andai teringin, kena cari di kedai atau restoran Cina Muslim baru jumpa. Sekarang, sudah ada banyak bak chang versi halal. Guna daging lembu atau ayam. 

Ini salah satu bak chang halal kegemaran saya - Bak Chang Mama Chah Kitchen. Tidak perlu susah-susah cari. Kita beli secara online sahaja.

Produk Mama Cah Kitchen

Laksa Lemak Kelantan

 Assalamualaikum. Selamat pagi.

Sudah bersarapan ke belum tu? Alhamdulillah, hari ini untuk sarapan, ada rezeki saya makan laksa lemak Kelantan. Ada orang beri.

Laksa Kelantan 

I Am Robyn

Rabu, Julai 16, 2025

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Dah masuk tengah bulan tujuh baru dapat jengah blog. Banyak benda yang saya nak cerita dan kongsi dengan kalian, tetapi itulah… kekangan masa membataskan.

Perkenalkan, ini anak angkat kedua saya - Robyn. 😊
Robyn Cruzee

Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff

Rabu, Mei 28, 2025

Canele dan chicken puff untuk coffee break saya. Over bebenor saya ni, kan? Duduk rumah pun nak ada coffee break. Kasi can la…

Cekengah hantar pagi tadi sebelum berangkat pergi melanglang buana. 😊 Oh, canele! Memang kegemaran saya ni! Sebiji tak cukup! 

Dari kiri: Chocolate canele, tak pasti (mungkin earl grey canele), pandan coconut canele. Tiga-tiga sedap! 
 

Fika moments saya hari ini diserikan dengan tiga biji canele, seketul chicken puff dan…


… seekor anak bulus 😂


Bawa Diri

Seperti biasa apabila Cekengah out station, baby kesayangannya, Rhea kena tinggal dengan saya. Minah Ragdoll ni moody hahaha. Datang dengan perut bergolek, buat muka sombong terus jalan pergi balkoni. Saya panggil tak menoleh langsung. Dia lupa tu, hendak tidak hendak… saya je kawan dia dua tiga hari ni. 😂

Saya panggil banyak kali, tak muncul-muncul. Selalu tu adalah dia berbunyi, mengiau pendek, mengiau panjang… gaya macam lawan kita berborak. Hari ini tidak ya. Saya pergi intai, dia mengerekot bawa diri kat tepi pasu. Alala… belum apa-apa dah rindu tuan ni…

Rasanya saya kena belikan mainan untuk Rhea. Dahulu Yuri ada untuk dikacau dan dianiaya. Sekarang tinggal dia seekor je. Harap tak murunglah kucing Cekengah ni.