Pisang Goreng Kayu Manis
Jumaat, Mei 29, 2015
Ini santapan minum petang semalam. Dalam peti sejuk ada satu plastik pisang goreng yang tak berusik. Kat rumah ni yang hantu makan pisang dan apa-apa yang berasaskan pisang saya seorang je. Cekebon tak boleh makan pisang sebab on low potassium diet.
Pisang goreng ni pisang tanduk dan dihiris memanjang nipis-nipis. Bayangkanlah teksturnya apabila dah bermalam dalam peti sejuk. Saya pun ambil pisau, kerat kepada beberapa bahagian kecil dan goreng semula pisang tu guna minyak canola. Setelah angkat dan tuskan minyaknya, saya taburkan dengan serbuk kayu manis. Gaulkan hingga sekata.
Pisang Goreng Kayu Manis |
Verdict: Dap dap dap! Aroma kayu manis tu membangkitkan lagi selera. Gabungan rasa lemak manis pisang dan kayu manis menjadi. Not bad! Kena dengan tekak saya :D
Credit |
Hikhikhik tak adalah eksperimen mana. Setakat tambah perasa je. Anyway, selamat berhujung minggu! Selamat Cuti Sekolah!