Tutorial Kraf Kertas - Kad Hari Raya (Anyaman Mudah)

Selasa, Jun 30, 2015

Entri susulan untuk Projek Kad Raya.

Dalam entri terdahulu, saya dah potong kertas warna/bercorak menjadi jalur-jalur panjang. Saiznya lebih kurang 10cm X 1cm. Pendek sedikit pun tak mengapa, panjang terlebih pun tak jadi masalah kerana kita boleh trim kemudian :)

Baiklah, selain jalur kertas, apa yang diperlukan untuk membuat Kad Hari Raya DIY ialah:

  • Kad kosong (warna dan saiz ikut pilihan/citarasa) - Saya memilih untuk menggunakan kad manila berwarna buff dan kad bercetakan timbul flora kecil berwarna putih. Kedua-duanya bersaiz A4. Setiap keping kad akan dibahagi dua untuk menghasilkan dua keping kad ucapan.

Base card

Kerabu Pilihan Saya ;)

Ahad, Jun 28, 2015

Petang ni nak masak apa untuk buka? Bolehlah intai resepi-resepi kerabu di bawah. Mana tahu boleh dijadikan salah satu hidangan untuk berbuka nanti. Klik pada gambar dan pautan di bawah ye.


Kerabu Kaki Ayam
Sedappppppp!

Ramadan 1436 - Projek Kad Raya

Dua tiga hari ni badan rasa lemah sikit time puasa. Tak cukup air kot. Tambahan pula cuaca panas terik sekarang. SABTU, sepanjang hari saya hibernate dalam bilik kraf. Kalah beruang kutub! Sampai masa nak masak baru keluar pergi dapur. Aduhai, lemaunya rasa badan!

Makanya, aktiviti dari pagi ke petang semuanya yang menggunakan tenaga minima. Paling minima. Kemas itu sikit,..susun ini sikit. Nak blogging ke blogwalking ke memang tak larat. Guna tenaga banyak tau nak membaca dan taip komen hihihih. Last-last sambil menonton, saya potong lebihan kertas skrap saya menjadi jalur-jalur kertas kecil.

Jalur-jalur kertas skrap

Thanks So Much, Sis D!

Rabu, Jun 24, 2015

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai Sis D a.k.a Sis Deanna Morni dalam entri Menang Giveaway by Kameq Deanna. Dah terima hadiah dengan gembiranya. Selang beberapa hari, saya terima satu lagi bungkusan. Rupa-rupanya saya dapat hadiah sebab jadi salah seorang top pengomen blognya dari Feb - Mei 2015.

Jom tengok hadiah yang Sis D beri.

  • Senaskhah majalah TIME, edisi 18 Mei 2015
  • 2 rantai kunci Kelantan
  • 1 set kutleri cenderahati dari Kelantan
  • Satu buku 'Menariknya Pilihan Surah Bacaanmu Juzuk 30'
  • Gift tag comel
 Err, Emon tu bukan ye. Dia tumpang gembira je :)

Keychain dan gift tag naik bloggers board.

Sis D, terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang dikirim. Meriah! Moga ukhuwah yang terbina akan berkekalan dan dirahmati oleh-Nya. Moga Ratu Kari ku dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, nikmat hidup yang berlipat ganda.


Belum kenal Sis D? Tunggu apa lagi,...sila terjah ASAP!