Ahad, Jun 26, 2022

Secangkir Teh Pudina

Semalam untuk makan tengah hari saya pesan makanan dari luar sahaja. Teringin nasi Arab. Hendak keluar cari makan malas, jadi kita Grab sahaja. Set nasi Arab yang saya beli siap ada minuman. Bott pilih teh lemon ais. Saya tak mahu air sebenarnya tetapi dah alang-alang termasuk sekali dalam set, saya pilih teh pudina panas.

Setelah makanan sampai, kami berdua terus makan tidak pandang kiri kanan. Kelaparan. Lupa terus tentang teh pudina saya. Minuman saya disediakan di dalam cawan kertas, cukup semua - teh uncang, gula dan daun pudina. Tinggal masukkan air panas sahaja. 

Disebabkan belum lagi dibancuh, saya letakkan cawan teh saya di sebelah mesin kopi. Ingat nak buat untuk minum petang. Lupa! 

Hari ini semasa hendak bancuh kopi baru perasan teh pudina saya yang belum dikacuk. Mujurlah daun pudinanya tidak berair. Masih ada rupa daun pudina. Saya keluarkan gula dari cawan, tambah beberapa biji bunga cengkih, tuang air panas dan biarkan teh dan bahan-bahan tu terendam buat seketika.

Inilah teh pudina saya! Bott kata teh Arab saya ni teh pandai sebab dah graduate! Tengok uncang teh tu ada gambar orang pakai jubah graduasi dan mortar board. 😂

Teh pudina

Jumaat, Jun 24, 2022

Tempe Mendoan Cecah Sos Keju

Petang semalam di kawasan saya hujan lebat. Mulalah perut rasa berlubang dan minta diisi. Tercari-cari apa yang boleh disediakan sebagai hidangan ringkas, akhirnya saya goreng tempe salut tepung ala-ala tempe mendoan. Bukan untuk dijadikan lauk. Lebih kepada kudapan ringan untuk kunyah-kunyah semasa minum petang.


Tempe mendoan garing di luar, lembut di dalam 😊

Takluk Cinta - Hafiz Suip (OST Saat Kau Takluk Cinta Ini)

Kord Gitar Takluk Cinta | Takluk Cinta merupakan sebuah lagu baharu dendangan Hafiz Suip. Lama juga penyanyi ini sepi tanpa sebarang karya baharu. Pertama kali dengar, sewaktu menonton drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang menggandingkan Idris Khan dan Intan Najuwa. Takluk Cinta jadi salah sebuah OST (runut bunyi) untuk drama tersebut. Ada antara kalian yang ikuti drama ini?


Kord Gitar From FAMF Tower