Kerepek Biji Durian

Selasa, Disember 27, 2011


Tattadaaaaa! Inilah kerepek biji durian yang berjaya saya hasilkan petang semalam. Pernah rasa tak? Rasa dan tekstur ala-ala macam kerepek ubi cuma rasanya lemak sikit. Nak buat kerepek ni kenalah kumpul biji-biji durian dulu. Terima kasih kepada jaguh-jaguh makan durian ~ Angah & Uje yang secara tidak langsung menyumbang kepada penghasilan kerepek biji durian ini.

Macam mana nak buat? Senang je...

1. Mula-mula bersihkan semua biji durian dan basuh. Kemudian rendam di dalam bekas selama 2 - 3 hari. Tujuannya adalah untuk kembangkan biji durian tu sehingga lapisan kulit luarnya merekah dan senang dikupas.

2. Kupas kulit luar biji durian. Ambil biji bahagian dalam. Haaa...kat bawah ni gambar biji durian yang telah dikupas dan dibersihkan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan sagatla biji durian tu hingga jadi hirisan halus. Bagi yang expert boleh terus sagat masuk ke dalam kuali (bila minyak dah panas tau!). Yang masih baru nak coba-coba, bolehlah sagat masukkan ke dalam bekas. Tapi gaulkan dengan sedikit garam supaya hirisan-hirisan tu tak melekat antara satu sama lain.

4. Goreng hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan. Perasakan dengan garam.

5. Kerepek dah sedia untuk dimakan. Ngapppppp! Krup krap krup krap!


Nota Senyum: Oh, kalau nak lagi umpphhh...bolehlah dihiris beberapa biji bawang merah dan beberapa ulas bawang putih. Gorengkan hingga rangup macam nak buat bawang goreng tu dan gaulkan sekali dengan kerepek biji durian tadi.

19 ulasan

  1. 1st time jejak sini n 1st time tgk biji durian leh buat kerepek.. hehe. nice shared! like :)

    BalasPadam
  2. @Miss Uya - w/pun Miss Uya tak makan durian, tapi kerepek ni boleh makan coz tak rasa & tak bau durian ;)

    @Cik Syue - terima kasih sudi singgah sini :)

    BalasPadam
  3. nk tnye mcm mne nak ilangkan lendirnye??
    bila da jd kerepek masih terase tak lendirnya?

    BalasPadam
  4. @mar liana - kena tukar air dan basuh bersih2 biji durian tu. berlendir masa kita rendam nak tanggalkan kulit saja. lepas dah jadi kerepek, tak ada rasa lendir :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum !

    Tak pernah makan sebelum ni , semalam kawan dari Thailand bawa kerepek durian , memang sedap , rase lemak2 .. Saya sangka isi durian , jumpa blog ni baru taw drpd bji durian ! Super sedap ! Pasni xde laa mmbazir bjik durian ! Terima kasih Farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, Zara. Bagi yang suka makan durian, memang berbaloi buat kerepek ni :)

      Padam
  6. biji selalu buang kak, tak macam cempedak..heheh..tak pernah tahu biji boleh dibuat kerepek

    BalasPadam
  7. cepatlah musim durian. nak try buat jugak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah tunggu dengan sabarnya. Kena kumpul banyak2 biji durian baru berbaloi buat!

      Padam
  8. singgah sini sebab search cara nak buat kerepek durian.. hehe... kite tak suka makan durian. tp kalau buat kerepek ok juga ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Redha. Bila dah jadi kerepek rasanya lebih macam kerepek ubi :)

      Padam
  9. Masa zaman jepun dulu, orang kampung guna biji durian buat kuih tart n berbagai lagi. Sebagai pengganti tepung gandum yg sangat sukar diperolehi ketika itu

    BalasPadam
  10. my first time tengok kerepek biji durian.. selama ni main buang saja..
    ill try one day.. ill try !!!

    BalasPadam
  11. biji durian pon akak buat kerepek , bagus nau!

    BalasPadam
  12. hi farrah :) macam mana nak contact u ye?

    BalasPadam
  13. Wah.. Boleh makan ye..
    Tak tahu pun..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.