Cinnamon French Toast with Cheese

Khamis, Februari 13, 2014

Dalam usaha saya membersihkan peti sejuk beberapa minggu lepas, terjumpalah beberapa bungkusan roti yang mana setiap satunya masih ada beberapa keping roti. Macam manalah kami di rumah ni makan. 😅 

Kemudian, jumpa pula keju yang Cekengah dah lama beli tetapi dia tiada masa nak makan. Mujurlah belum sampai tarikh luput lagi. 

Sayang tengok roti dan keju tu terbiar begitu sahaja, saya pun buatlah hidangan french toast untuk makan pagi. Bukan french toast biasa-biasa tau… french toast ini diperkaya dengan keenakan dan wangi aroma kayu manis.



Cinnamon french toast with cheese.

Resepi French Toast Kayu Manis Berkeju

(Cinnamon French Toast with Cheese)


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 keping roti
  • 3 keping keju
  • 2 biji telur
  • 3 - 4 sudu besar susu
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (jika tidak suka rasa kayu manis yang terlalu kuat, boleh dikurangkan)
  • garam secukup rasa
  • beberapa sudu minyak sayuran/mentega/marjerin

Langkah-langkah penyediaan:


1. Ambil dua keping roti dan kapitkan dengan potongan keju. Kemudian, potong roti kepada empat bahagian seperti dalam gambar di bawah. Lakukan yang sama untuk roti yang selebihnya.


Saya guna roti putih biasa dan roti mil penuh.


2. Kacau hingga sebati telur, susu, serbuk kayu manis dan garam.

3. Panaskan kuali leper. Guna api sederhana, jangan terlalu panas. Letakkan sedikit minyak sayuran/mentega/marjerin.

4. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam kuali. Setelah beberapa minit, terbalikkan roti supaya gorengannya sekata untuk kedua-dua sisi.

5. Angkat. Tuskan baki minyak pada roti di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!



2 ulasan

  1. kak farrah peminat cheese ya....wow best

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaah memang suka! actually tak leh makan sangat sebab ada tiroid & asma. tapi benda yang kena pantang, itulah yang selalu teringin nak makan :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.