Lobak Merah Rosemary |
Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).
Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.
Selamat Mencuba!
Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!
erm..mesti sedap makan lobak yang masih crunchy tu kan kak farah..super simple la resepi..insyallah nak try la nanti..hehe..
BalasPadamsebenarnya banyak resepi kak farah share wana nak try buat..asyik masuk waiting list..tak terbuat lagi..aduhai..
same la.. dah banyak bookmark..tapi asyik pending je.. adoiii... cita2 ade dah..huhu
PadamTak pe. Simpan dulu. Nanti tak ada idea nak masak apa, leh cuba :)
Padamamboiii. vegetarian ke kak farrah. hehehe :P
BalasPadamhehehe sekali-sekala :)
Padamcarrot nye nmpak mcm segar jerrr....sy suka jus carrot..tp kalau nak suh makan cenggitu...mmg susah sikit nak telan...heheeheh
BalasPadamJus carrot memang best! Saya suka carrot susu,..tak pun saya combine carrot dengan epal :)
Padamsimple.. klu xdak rosemary goreng je gitu..letak blackpepper skit..pun sedap..lobak ni antara sayur feveret..
BalasPadamBetul. Dengan blackpepper pun dah yummmyyyy!
Padamwahhh lobak! ana suka! ana suka! hehe
BalasPadamAna sukaaa Ante pon sukaaa laaahhh..
PadamHahahah tak tahanlah bila SS 'beraksi' dengan komen komain dia :)
Padamnampak sangatt sedapp simple but nice and delicious :)
BalasPadammemang yummy, far! nanti cuba tau!
Padamringkas dan sedap..
BalasPadammasak pun senang.
jemput singgah blog sy =)
Terang mata lepas nii. hehehe
BalasPadamlobak ada tapi daun rosemary xda jual kt pasar kt kampung saya ni
BalasPadamGoreng lobak aje laa Cik Zarul Farhana... Yang penting nasi jangan lupa masak.... He He He..
PadamDekat sini, budak-budaknya makan mentah-mentah je.
BalasPadamResipi mudah tapi saya tak suka lobak sangat.. takpe, saya simpan resipi ni untuk buat makanan untuk anak nanti. Hehe
BalasPadamyummy... bak sikit. habis dah kot. hahaha
BalasPadamalaa...daun rosemarry pun tak pernah tgk..leh ganti daun lain x..utk apa eh letak daun tu ada bau wangi ke
BalasPadamCuba ganti daun lidah buaya... He He He....
PadamBuat kudap2 best ! Rosemary best gak kalau buat salad..
BalasPadamkite xde rosemarry fresh.. rosemarry kering ajee ade huhuhu..
BalasPadamMintak kat Rosnah Mat Aris...
PadamSS baca laju2.. Ingatkan kena masukkan sebiji dadu... Rupanya bawang putih size sebiji dadu... He He He...
BalasPadamMintak setangkai rosemary kak farrah boleh? Hehe. Yg ade ni rosemary kisar je :')
BalasPadamkalau ganti rosemary dengan daun kucai boleh?hehe
BalasPadamMenarik ni kak Farrah.. Boleh cuba.. Cuma daun tu macam susah nak cari
BalasPadamSaya kalau malas lagi lah k.Farrah...
BalasPadamSaya x potong dah bawang tu...terus ketuk dengan lesung.
Kalu nak lagi malas... Blend semua jangan kunyah.... Pakai straw je sedot... Sambil baring pon mampu... He He He..
Padamwah terbaik resepi nanti nak cuba la... ekin ada cuba resepi carrot buat style celup tepung tu... hihihi...en husband yang tak pernah makan carrot jadi tertagih nak makan sokmo... hahahahha.... http://cikash.blogspot.com/2015/01/resepi-carrot-goreng-tepung.html
BalasPadamwoahhh.. nampak ceria pulak. boleh buat kunyah2 ni
BalasPadamkt ofis meriah dgn intern je akak..
tp kalau bakar cm sedap gak..
BalasPadamcampur ng brokoli ke..
heeheh,..
ayu pon suke lobak rangup
sllu xmasak pon sayur tu smpai layu