Khamis, Mei 07, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - KIip Kertas Penanda Buku

Assalamu'alaikum!
Hujung bulan lepas saya dah tunjuk DIY mudah yang boleh kita buat dengan hanya menggunakan lebihan kertas warna/corak dan klip kertas.  

Ini klip kertas dwifungsi yang saya maksudkan :)
Hmmm, alang-alang dah buat banyak tu, kita jadikanlah hadiah tanda ingatan sempena hari guru. Tetapi semasa buat hiasan pada klip kertas, jangan lupa untuk letakkan kata-kata menarik khusus untuk guru. Misalnya,..

Thanks.
You are the best!
Selamat Hari Guru
With Love
You Are A Great Teacher
Terima Kasih, Cikgu.

Sekiranya tiada pelekat/embellishment seperti yang saya gunakan di atas, bolehlah cetak di atas kertas dan tampal. Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak. Biar mereka design sendiri klip kertas dwifungsi untuk guru-guru yang mengajar mereka.

Dah siap? Bolehlah kita bungkus cantik-cantik. Saya sarankan buat seperti di bawah ni.

Istimewa untuk Cikgu :)

Mudah je kan? Nampak sweet and presentable. Kalau nak gift ni jadi lebih personal dan istimewa, bolehlah cetak nama guru dan nama si cilik yang memberi sekali.

Selamat mencuba!






29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hihihi tak terfikir sampai ke situ. Buat main2 sambil tengok tv :)

      Padam
  2. Nampak cam senang! Tapi malas! Ha Ha Ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ni klu nak buat memang kena sambil tengok tv ke,..potpetpotpet gosip pasal kucing jiran ke,..klu nak duduk purposely utk buat, memang taklah, SS :)

      Padam
    2. potpet pasal kucing jiran xleh blah.. cerita sal prince charming ke..hahaha

      Padam
    3. prince charming sesat tak jumpa2. malas ah nak citer heheheh

      Padam
    4. kalo duduk teliti sngt buat keje rasanya ada yang sujud tak bangun =P

      Padam
  3. Balasan
    1. Idoklah kreatif mana, Ekin. Manfaatkan bahan2 yg ada je :) Kalau klip comel sebegini tak adalah kita campak sesuka hati.

      Padam
    2. Memey comel... ada bahan ni ekin boleh ajar anak saudara abg ni hihihi

      Padam
  4. kak Farrah memang kreatif.. boleh buat nanti nih..

    BalasPadam
  5. hmm mudah sangat
    cm biasa la kak farrah
    yang simple itu menarik kalau hasil tangan dari kak farrah kan?..
    tapi dah xde cikgu da..
    nak bagi kat sapa pon kan

    BalasPadam
  6. Sweetnya..tapi tak rajin plak..hehe

    BalasPadam
  7. amboi, buat sambil tengok TV je..hebat!cantik, macam yang jual kat kedai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak kan.. kesantaiannya itu.. sambil tngk TV je i boleh siapkan keje..

      Padam
  8. ce Farrah bukak kedai kraft...boleh dapat side income..semua hasil tangan Farrah sangat cantik, teliti dan kemas tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer Jay Emm bukan kedai jahit... Buat baju raya SS... Ha Ha Ha...

      Padam
  9. hadiah macam ni dah sangat sangat memadai.. cikgu2 bukan nak hadiah mahal pun..
    ingatan tu yang buat terharu.

    aceceh.. sejak dah 2 hari jadi guru ganti ni.. mood pendidik skema ayam mula menjelma..

    BalasPadam
  10. hahahaha ini serius cool. x terfikir nk wat macam tu! tapi malas nya nk wat. zzzz

    BalasPadam
  11. Memang kreatif betul Kak Farrah ni..hehehe :)

    BalasPadam
  12. suka tengok gambar-gambar kraf ni.. sebab kite pun peminat kraft

    BalasPadam
  13. nampak easy, tapi untuk saya macam sukar

    BalasPadam
  14. Yeah, suka nya baca entry ni...
    Nnt hari guru, nak buat untuk cikgu di playschool my son...
    Nampak mcm senang, tapi mesti sukar utk mrs pip yg buta arts,
    Tapi akan dicuba juga...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.