Khamis, Julai 09, 2015

Resepi Mudah Terung Bulat Cili Api

Siapa yang suka makan pedas dan suka terung, boleh cuba hidangan eggplant ni. Ni terung bulat ye. Yang comel-comel tu.

Terung Bulat Cili Api



Resepi Mudah Terung Bulat Cili Api

Bahan-bahan:
  • 3 biji terung bulat (dipotong dan digoreng, kemudian ketepikan)
  • segenggam kecil ikan bilis (dibersihkan, dibasuh dan ditus)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (hiris atau cincang halus)
  • segenggam cili api (tumbuk lumat)
  • 2 - 3 sudu besar air asam jawa
  • garam (jika perlu)
  • Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng dan menumis)

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan 3 sudu besar minyak masak. Goreng ikan bilis buat seketika.
  2. Kemudian, masukkan bawang putih diikuti dengan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula cili api yang telah ditumbuk. Tumis semuanya hingga masak. At this stage, boleh juga letak sedikit belacan untuk menambahkan kelazatan dan 'potong' rasa pedas cili api. Saya tak guna :)
  4. Barulah dimasukkan terung goreng, sedikit air asam jawa (ikut citarasa) dan jika perlu perasakan dengan sedikit garam. Hati-hati dengan amaun garam yang digunakan kerana kita dah ada rasa masin dari ikan bilis.
  5. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba. Berdesuppppp peginya! 



24 ulasan:

  1. ada terung boleh Cuba nanti hihihihi

    BalasPadam
  2. Pehhh makan dengan nasi ada pulak ikan masin memang sedaap woo :D

    BalasPadam
  3. Aduhh sedapnya. makan dengan nasik panas. fuhhhh !

    BalasPadam
  4. Sodapppp!!!! Tapi bila makan nanti siaplah.. Perut Ros akan sakit.. Sebab angin kan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..akak baru tahu terung ni angin. Tak ketara dgn akak sebab akak ni memang berangin hihihih

      Padam
    2. iya kak.. kalau Ros makan terung, dan kangkung.. siaplah.. perut sakit.. huhuhu

      Padam
  5. sy suka terung yg pjg tuhhh....my peberet....hihih

    BalasPadam
  6. sedap tuh, kena plak makan dengan nasi panas2..

    BalasPadam
  7. Hoih..

    Salah time lak tengok makanan...

    Perut, sila jangan nak buat demonstrasi..

    Awal lagi ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Shiannya. Sorry2! Salah timing pulak ye :)

      Padam
  8. my feveret tu terung...kat umah ada terung panjang warna purple tu...leh try masak....nampak menyelerakan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyelerakan bagi yang suka makan terung la hihihi ada orang yang tak makan memang kena tolak tepi lauk ni :)

      Padam
  9. Sedapnye terung..Cik Mimie suka..kalau goreng2 pedas macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedaslah best kan! Akak kadang2 rebus je terung ni then makan ngan sambal blacan :)

      Padam
  10. terbaik ni.
    lauk gini la membangkitkan selera sahur.
    pedassss...

    BalasPadam
  11. opss ayu taj makan terung plak
    tapi kalau terung masak pajeri ayu suke

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.