Isnin, April 18, 2016

Resepi Kopi Alpukat

Saya memang penggemar jus avokado a.k.a alpukat. Selain daripada menikmatinya di restoran makanan Indonesia kegemaran saya, saya juga gemar buat sendiri jus avokado. Boleh adjust ikut citarasa, kita sendiri yang kawal rasa manis dan lemaknya. Boleh cuba resepi jus alpukat di sini.

Kopi Alpukat saya ;)

Kopi Avokado | Kopi Alpukat

Sekarang, saya kemaruk minum kopi alpukat pula. Heheheh kopi + alpukat. Dua-dua kegemaran saya. Yummehhhhh! Kopi alpukat ni dihidangkan sejuk. Ala-ala ice blended lah. Dengan kandungan alpukat, kopi ini jadi satu hidangan yang menyelerakan dan mengenyangkan. Nak cuba? Resepi di bawah ini agak-agak jelah ye. Adjust to your taste and liking. Macam saya, saya suka kopi saya pekat dan kurang manis. So, saya tidak letak gula terlalu banyak. Saya guna satu sudu teh sahaja. Susu pun saya tak letak sebab saya hanya bergantung pada rasa lemak avokado dan manis aiskrim vanila.

Resepi Kopi Alpukat


Bahan-bahan:
  • 1 biji buah avocado sederhana besar
  • 1 sudu teh kopi. Terpulang kopi segera seperti Nescafe atau kopi biasa. Jika kopi biasa, larutkan dahulu dalam air panas/suam dan tapis.
  • 1 sudu teh gula (Tambah jika mahu lebih manis. Ikutlah sukatan gula dan kopi kalian.)
  • 1 cawan ais.
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 - 2 scoop aiskrim vanila.
  • parutan coklat secukupnya (I opted this out. Takut terlalu manis untuk saya ;)

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Ambil isi avokado dan potong kepada beberapa bahagian kecil. Masukkan ke dalam pengisar bersama kopi, gula, ais dan air sejuk.
  2. Kisar sehingga semuanya halus dan sebati.
  3. Tuangkan ke dalam gelas. Akhiri dengan satu atau dua scoop aiskrim vanila.
  4. Nikmati dengan senyuman.
Jika bancuhan kopi alpukat terlalu pekat, boleh tambah sedikit air sejuk lagi supaya dapat kepekatan yang kita inginkan.

Selamat Mencuba! 

17 ulasan:

  1. Oooo ada kopi alpukat... hihi...

    Avocado pun susah nk jumpa kak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh datang sini....kat tempat akak senang je nak cazri. Mahal atau murah je :)

      Padam
  2. NNyumnyum. Sangat mggiurkan, xpernah rasa lg nii.

    BalasPadam
  3. suka jus alpukat + coklat..nyum, nyum...

    ice-blended kopi + alpukat + aiskrim ..enak banget..

    BalasPadam
  4. ooooh mai.. i is kenot hewhew.. pernah cuba alpukat tapi kenot go ngan tekak..

    BalasPadam
  5. kalau kt mall especially di sams groceria mmg banyak jual avocado tp tak pernah makan pun akak.. nampak sedap :)

    BalasPadam
  6. btw akak, nina dh masukkan list bru dlm blog. di G+ ada link baru :)
    happy blogwalking

    BalasPadam
  7. salam:)
    kopi.. dah start minum balik ,
    tapi kan yana lebih tertarik dengan aiskrim tu! :D

    BalasPadam
  8. salam akak , yana pun dah start minum balik kopi , tapu bukan kopi alpukat la hihi

    BalasPadam
  9. sedap nampak... tak pernah lagi dengan alpukat tu

    BalasPadam
  10. nampak pun sedap.. creamy disebabkan oleh alpukat...

    BalasPadam
  11. alpukat ni memang sedap sgt especially kalau blend dengan fresh milk atau soya.kat indonesia, dorang campur (blend) dalam air kelapa fresh tu. refreshing sgt rasa dia. tak pernah cuba lagi mix dengan kopi. tq resepi;)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.