Sabtu, April 23, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Klip Kertas Berhias

Tahun lepas saya ada tulis entri tutorial mengenai klip kertas berhias ini tetapi hanya menggunakan lebihan kertas skrap dan hiasan kraf. Boleh baca mengenainya di sini. This time around, saya ingin tunjukkan satu lagi cara membuat klip kertas berhias. Sesuai sangatlah bagi yang mencari idea untuk DIY Hari Guru :) Bahan-bahan mudah dicari dan murah kosnya. Cuma satu tool tambahan yang perlu ada - hot glue gun.

Bahan-bahan yang diperlukan.


Apa yang diperlukan:
  • Klip kertas - Boleh guna yang bersaiz besar atau kecil, besi atau yang berwarna.
  • Butang, aksesori dan hiasan kraf
  • Hot glue gun dan hot glue stick
  • Lebihan kertas/kertas terpakai yang dipotong menjadi empat segi kecil
  • Semangkuk air sejuk - Langkah berjaga-jaga. Saya ni cemerkap orangnya. Jadi, kalau jari/tangan terkena hot glue, cepat-cepatlah rendam dalam air sejuk. Jangan dibawa ke bibir pula! Tak pasal-pasal bibir pun melecur sama.


Langkah-langkah Membuat Klip Kertas Berhias

Ambil satu klip kertas dan mana-mana hiasan/aksesori kraf. Letakkan sedikit gam panas pada bahagian belakang hiasan/aksesori kraf tersebut. Cepat-cepat letakkan klip kertas di atas gam. Tekan sedikit supaya klip kertas terbenam dalam gam. 


Sebelum gam mengering, tampalkan pula cebisan kertas empat segi di atasnya. Kita tampal kertas supaya dapat lindungi bahagian yang bergam tadi. Lebih kemas hasil kerja kita. Selain kertas, boleh juga gunakan cebisan kain felt jika mahu. Ulang langkah yang sama untuk klip-klip dan hiasan/aksesori kraf yang lain. Ada yang boleh dipadan suaikan atau ditindan. Ikutlah citarasa dan kreativiti masing-masing ya.

Klip-klip yang sudah dihias. Comel kan?
Dah siap comel lote begini, bukan sahaja boleh jadi klip kertas, jadi penanda buku pun boleh, page marker pun boleh. Hmmmm,..si planner addict di luar sana pun boleh guna klip-klip berhias ini untuk cantikkan organizer.

Idea untuk Packaging

Jika berniat untuk beri pada orang lain, bolehlah letak klip-klip ini di dalam botol/balang kecil. Kemudian, label/letak reben. Tidakpun, boleh buat packaging seperti di bawah ini :)


Selamat berkraf! Selamat Ber-DIY!

Insya Allah, dalam masa terdekat nanti saya up tutorial untuk buat kad ucapan yang simple pula ye.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)


26 ulasan:

  1. Balasan
    1. Comel comel untuk beri pada orang yg comel :)

      Padam
  2. Comelllnyaaaa~ Kena rajinkan diri untuk ber'DIY nii. Hihi

    BalasPadam
  3. benda2 terpakai pon boleh jadikan hiasan kat atas die tu kan kak Farrah... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul! Guna je apa2 yg boleh kita cari kat rumah :)

      Padam
  4. packaging akak pon dah commercial gitu... hihihihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa senang tapi nampak eksklu kan,...cantiklah buat nak bagi orang. Kita pun tak bazir.

      Padam
  5. macam biasa akak tetap buat yg terbaik.. hehee

    BalasPadam
  6. Salam , simple je, tapi tulah packaging macam beli kat kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa siapa kata kita tak boleh buat packaging macam kat kedai,... :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Yana pun boleh cuba buat. Lately, akak memang kongsi tuto yg simple2 and practical. Semua boleh cuba :)

      Padam
  8. wahhhh menarik idea kak farrah nih! hari guru pon dah dkt ni. hari ibu pon dkt. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa buat hadiah DIY lebih bermakna. Kos pun rendah, dapat beri pada banyak orang :)

      Padam
  9. kak farah, kenapa kreatip sangat ni? ^_^

    BalasPadam
  10. comel sangat ni... kak farah sangat kreatif la

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.