Jumaat, Ogos 12, 2016

Fridge Magnet Penutup Botol

Assalamu'alaikum. First and foremost, nak minta maaf banyak-banyak sebab lately memang tak sempat nak blogwalking dan balas-balas komen. Insya-Allah, ada kelapangan saya datang berkunjung ke blog kalian ye.

OK. Kali ini saya nak tunjukkan cara buat fridge magnet menggunakan penutup botol pula. Penutup botol ni tak kisahlah yang kita peroleh dari botol-botol di dapur atau beli di kedai kraf.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Penutup botol 
  • Gambar/Kertas bercorak (Saya gunakan printed scrabble tiles dan kertas kraf wood design sebab ini merupakan souvenir untuk sambutan birthyda Dhila yang bertemakan Scrabble bulan Mei yang lalu). Boleh baca mengenainya di sini dan di sini
  • Epoxy sticker (baca lanjut Apa itu Epoxy Sticker?) Dapatkan yang saiznya boleh muat pada permukaan penutup botol.
  • Magnet (Boleh dapatkan di kedai kraf /Mr. DIY/DAISO)
  • Gam kuat (strong bond glue)
Nak buat fridge magnet untuk si N.F.S
Dah cukup lengkap ada bahan-bahannya, bolehlah kita teruskan. Mula-mula, pilih bahagian pada gambar yang hendak dijadikan fridge magnet.

Once dah decide gambar/bahagian gambar mana yang hendak digunakan, perlahan-lahan letakkan epoxy sticker ke atas bahagian tersebut. Tekan sedikit supaya epoxy sticker melekat pada gambar. Sesudah itu, potong mengikut saiz bulatan epoxy sticker. Lekatkan (menggunakan gam) pada penutup botol.

[Maaf, tak ada gambar step-by-step, tapi gambarannya kan?]

Akhir sekali, lekatkan magnet di bahagian belakang penutup botol. Guna gam yang kuat ye. Biarkan gam kering.

Saya gunakan gam strong bond yang clear finish :)

Siappppp! Haa,..dah siap, bolehlah letak dalam gift box seperti di bawah. Then, ikat reben comel-comel, berilah pada kawan-kawan sebagai hadiah :)




Psstt! Selain buat fridge magnet, penutup botol ni boleh juga dijadikan aksesori seperti anting-anting dan loket. Ikut kreativiti masing-masing ye.

Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)


56 ulasan:

  1. Balasan
    1. Game main jentik tutup botol tue kan?

      Padam
    2. Teringat zaman2 ralit main tutup botol dulu :)

      Padam
    3. main tutup botol geng dengan batu seremban kan :)

      Padam
    4. best main penutup botol tuh.. dulu rajin p kutip kat kedai runcit.. hehehe..

      Padam
    5. Sekarang dah susah nak cari!

      Padam
  2. Macam macam boleh buat rupanya. Selama ni saya kumpul penutup botol untuk main ceper je tahu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi samalah, Dylla. Akak ni pun dah tua baru tahu ada benda lain boleh buat dengan tutup botol ni :)

      Padam
    2. kak farrah selalu think outside the box ahhahhaha

      Padam
    3. Takdelah outside the box sangat. Idea kraf tutup botol ni dah macam2 orang lain buat :)

      Padam
  3. Assalamualaikum Kak Farrah... Good morning..

    Tapi, penutup botol tu dah susah jumpa sekarang.. kalau tak, mesti jadi habuan main tudung tin.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Morning, Firah. Hihihi nostalgic sungguh game ceper ni kan..memang susah sikit nak jumpa tutup botol sekarang ni. Akak pun baru2 ni buat kraf, beli kat Daiso je.

      Padam
    2. ada juai dah sekarang tutup botol dulu pi kutip kat kedai orang je

      Padam
    3. @The KehalusanKelembutan - betul tu, dulu p kutip kat kedai runcit jer.. bersepah2 ada..

      Padam
  4. tudung botol ni slalu buat main dulu2

    BalasPadam
  5. Waaaa~ tak terfikir pun ... Tq farrah share this idea =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. my pleasure..saya pun dapat idea melalui perkongsian crafters lain di internet :)

      Padam
  6. penutup botol yang besi tu rare nak dapat skrang.. kena pi kedai2 kupi kecik2 kt pekan baru ada jual kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess,..kena pakat ngan tauke kedai yang jual air berperasa dalam botol tuh :)

      Padam
    2. kat kampung aida, dulu ada jual tau air long chan, botol kaca tutup nyer ceper ni.
      last 2 years kot abah beli. memang dpt la tunjuk anak2 main ceper.
      but now da tukar botol plastik tau, farrah.
      cut cost :(
      da tak legend da air long chan.
      masih boleh jumpa di melaka but susah da :(

      Padam
    3. Betul2. Dulu masa kecik selalu gak beli air long chan kalau balik Melaka. Sekarang memang susah nak cari dah.dah jadi soesies rare kan...

      Padam
    4. boleh beli kicap cap tiga ayam... penutupnya still besi

      Padam
    5. Sos tiram pun ada jenama tertentu yg pakai tutup botol gak. Tapi tak ingat apa,..

      Padam
  7. ktearif sangat2..sellau kaau gi DIY asyik abis tu magnet tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau kat Mr. DIY tu kena bergantung pada stok kedai. Kadang2 ada,..most of the time tak ada :)

      Padam
    2. Mr DIY memang selalu tak jumpa barang yang akak beli

      Padam
  8. comelnyaa. bila nak buat utk saya 1? :p

    BalasPadam
  9. Kreatif lah kak farrahh nii hahhaa. penutup botol pun bolehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi akak pun tengok orang buat, Scha. Selama ni tutup botol kumpul macam tu je,..buat aktiviti dgn anak didik je :)

      Padam
  10. Dulu main ceper aje dari penutup botol ni. Bagus juga idea kak Farrah ni. Leh buat fridge magnet dari penutup botol.

    Akak.. Saya selalu tengok segmen DIY di TV Alhijrah. Terfikir juga agak-agak ada tak nanti kak Farrah keluar dalam segmen ni nanti? Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih sampai ke situ fikirnya. Rasanya Faa takkan tengok akak muncul kat mana2 sebab akak ni tak mesra tv! Kang datang darah gemuruh akak terpelanting tutup botol gunting gam semua! ;)

      Padam
    2. hahhaha, kalau akak masuk yana antara orang yang excited hahhaha

      Padam
  11. comel je bila dah siap kan...Sally selalu beli tapi jarang la nak buat..hahahaha..penuh crafting stuff kat bilik..aishh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Kumpul je barang2 dulu. Nanti ada masa terluang, time boring2 ke...boleh buat :)

      Padam
    2. tak terbuat kak , yana pun sama dengan kak sally hahaha

      Padam
  12. legend la ceper ni, farrah.
    teringat kenangan zaman kekecik dedolu :)

    BalasPadam
  13. Salam kak farrah ya Allah rasa lama tak spend time sini huhu

    BalasPadam
  14. comel!
    saye buat main je penutup botol ni.. haha..
    teringt plak ms kecik2 main penutup botol.. dulu mmg terer skrg dh hilang skill.. hhihihi

    BalasPadam
  15. kreatif, macam2 boleh buat dengan penutup botol nih kan..

    BalasPadam
  16. tudung botol wat main ceper je dulu2.. kenangan... sekarang susah nak jumpa.. semua da guna botol plastik..heee

    BalasPadam
  17. sy krg gemar magnet bulat cm tu sbb selalu tertanggal ;-)

    BalasPadam
  18. masa bujang dulu pernah buat... hihihihi semua benda p cari sendiri sekarang nak g mana2 kena g suami hahahhahah.. terbantas terus minat craf ni

    BalasPadam
  19. mudah sgt...tapi mana nk cari penutup byk camtu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.