Kopi Columbia Narino dan Kek Keju Uncle Tetsu

Rabu, Disember 20, 2017

Hari ini bicara tentang kopi dan kek. Heheheh saya dan kopi memang sukar sedikit hendak dipisahkan. Kalau lama tak minum kopi, macam rasa ada yang tidak kena. Tak senang duduk dibuatnya.

Saya nak cerita tentang salah satu produk The Coffee Bean & Tea Leaf - Columbia Narino. Ada banyak seleksi kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf. Antaranya Light & Subtle, Dark & Distinctive, Rich & Smooth, Flavoured, Decaffeinated, etc. Kopi Columbia Narino dari range Medium & Smooth. Adik bongsu saya, si Uje yang belanja 😃 Hoyeahhhhh!!! Kembang kempis hidung saya gembira dapat kopi! My blood type is coffee heheheh.

Kopi Columbia Narino ini light roast. Kalau beli coffee beans, kita boleh pilih sama ada ingin kopi yang light roast, medium roast ataupun dark roast - bergantung kepada cita rasa dan preference kita. Lazimnya, biji kopi dibakar dalam tempoh dan pada suhu yang berlainan. Itu yang membezakan antara ketiga-tiganya. Light roast - biji kopi dibakar dalam tempoh yang lebih singkat berbanding medium dan dark roast. Warna biji kopi pun agak cerah berbanding biji kopi yang dibakar lebih lama.

In term of taste, light roast is milder compared to dark roast. Kopi ini memang best. Tetap penuh  padat dengan rasa dan aroma cuma kurang pahit. Kalau yang dark roast rasa pahit kopinya lebih strong. Bagi yang berminat, boleh beli di mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf atau secara online. Harganya RM35.00 untuk satu pek 8 oz.


Uncle Tetsu Cheese Cake

Dah ada secangkir kopi, kenalah ada lawannya. Untuk minum petang hari tu, saya nikmati kopi O pekat Columbia Narino dengan sepotong kek keju Uncle Tetsu. Rezeki dapat makan Japanese cake for tea. Ini pun si Uje belanja. Pertama kali saya berpeluang merasa makan Uncle Tetsu Original Cheese Cake ni sebenarnya. Oh my! Enak bangat! Fluffy dan cair di mulut! Teksturnya gebu, ringan. Rasanya kejunya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu manis. Memang padanlah dengan black coffee saya.





Sebiji kek keju ini berharga RM21. Kadang-kadang dapat harga lebih murah jika ada promosi sempena keraian tertentu.


Seandainya kalian penggemar keju atau kek keju, jangan lupa cuba rasa Uncle Tetsu Original Cheese Cake. Cheese Cup pun sedap. Memang berbaloi. Uncle Tetsu ada banyak cawangan yang boleh kalian terjah. Ingin tahu lebih lanjut, pergi ke laman web Uncle Tetsu.

16 ulasan

  1. Oh, Uncle Tetsu Cheese Cake! Rindunyaaaaaaa nak makan Uncle Tetsu :(

    BalasPadam
  2. Suka coffee juga, aroma yang menenang kan. Rasa fresh jeaa kalau masuk kedai coffee.

    Fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, Fatin. Terima kasih kerana sudi follow From FAMF Tower.
      Aroma kopi memang best kan,.. :)

      Padam
  3. Tak pernah lagi jumpa uncle tetsu ni nanti boleh try :D

    p/s : singgah sini & follow sini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau jumpa, jangan lupa cuba,..
      Terima kasih, Farhanna sudi datang dan follow blog ini :)

      Padam
  4. japanese cheesecake mmg sedap,,sebab rasa keju tak kuat sgt,dan xmuak sgt bila makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Orang yang tak berapa gemar keju pun boleh enjoy kek ni :)

      Padam
  5. pasangan duet plg mantop! kopi ngan cis kek😊

    BalasPadam
  6. cis kek tu mmg selalu beli. sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali dah rasa memang nak lagi dan lagi dan lagi,... :)

      Padam
  7. ilmu baru tentang kopi..thanks share kak /farrah. partner ngan kek keju..made in heaven!

    BalasPadam
  8. sllu makan yang ktoriginal kek tu
    tp buka cheesekek btl pon...
    nnt ade mase nak try la

    BalasPadam
  9. dekt sunway ade...
    baru tgk
    mmg penah perasan
    tp blm terdetik..
    pasni boleh cari la

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.