NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 32 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 12 Januari 2018

VersaMarker untuk Heat Embossing

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya ingin cerita tentang satu lagi peralatan kraf - VersaMarker Pen. Pen yang sangat berguna jika kita mahu buat heat embossing. Apa itu heat embossing? Baca lebih lanjut di sini dan di siniDalam dua entri saya mengenai heat embossing ini, saya telah jelaskan apa itu heat embossing dan tunjukkan bagaimana caranya menghasilkan teknik embossed.


OK. Berbalik kepada pen, VersaMarker ini sama fungsinya seperti embossing stamping pad. Embossing stamping pad perlu digunakan dengan stamps (cop/clear stamps/rubber stamps/cling stamps.)  Pilih stamp yang berkenan, misalnya Happy Birthday, Happy Day dan Love. Tekapkan pada embossing stamping pad dan tekan rata-rata pada permukaan kad. Setelah itu, taburkan embossing powder, halakan heat tool/gun pada bahagian tersebut sehingga embossing powder cair dan membentuk tulisan/cetakan yang timbul.


Lihat contoh seperti di bawah:





Lihat variasi clear stamps di sini:

Jika saya ingin buat embossing pada perkataan/ucapan tertentu/nama penerima yang saya tulis sendiri di atas kad, saya tidak boleh guna embossing stamping pad. Di sinilah peranannya VersaMarker pen. VersaMarker mempunyai dua jenis mata, satu fine tip manakala satu lagi brush tip. Brush tip sesuai untuk buat calligraphy atau brush lettering. Fine tip pula digunakan untuk tulisan atau garisan yang lebih kecil. Dakwatnya jernih (clear) tetapi a bit sticky supaya embossing powder melekat pada bahagian yang kita tulis.

Hujung tahun lepas, saya gunakan VersaMarker pen untuk siapkan projek Starwars Photo Props. Salah satu daripadanya - I AM A JEDI. Setelah dicetak, saya trace semula tulisan JEDI dengan VersaMarker pen, tabur serbuk embossing dan cairkan serbuk berkenaan dengan heat tool/heat gun.

Dalam proses. Saya gunakan embossing powder Sparkle. Huruf J dan separuh huruf E dah siap embossed. Kita sambung sampai habis.

Dah siap! Hasil akhir. Nampak tak kilat lip lap lip lap 😉 

Topeng Yoda ini pula, saya embossed bahagian garisan-garisan wajahnya. Topeng ini nampak dull sangat. Warna hijau tu tak naik. Jadi, saya gunakan fine tip, trace semua garisan di muka Yoda dan heat embossed

Berseri sikit Master Yoda ada blink blink kat muka.

Bagi yang suka buat heat embossing, memang berbaloi untuk miliki VersaMarker. Harganya sekitar RM13 - 15 tidak silap saya. Yang pasti di bawah RM20 sebatang. Boleh dapatkan di kedai yang menjual barang arts and crafts. Di LAZADA pun ada embossing pen. Klik pada pautan di bawah ye.


8 ulasan:

  1. nnt wat video gn versa marker ni boleh x?

    BalasPadam
  2. Kreatif dan inovatif kak Farrah ni. :D

    BalasPadam
  3. Kreatif dan menarik sekali..berbakat besar..komersilkan

    BalasPadam
  4. first time tau pasal ni.. hahaha

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Farrah... selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  6. WOW! Alhamdulillah! tahun ni Farrah dah kembali aktif update blog. syabas

    BalasPadam
  7. klu beli xtau nak bt ape...
    smapi silap2 masuk angin lgsung xleh gune
    oembaziran ayu ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...