Jumaat, November 11, 2011

Ketupat Palas Gumbira


Ketupat palas memang favourite aku. Tak kisahlah ketupat palas yang kosong atau yang ada inti kacang, dua-dua aku suka. Memang kalau dapat makan ketupat palas, hati aku paling gummmmbiiraaa! Tak silap aku, kalau di Johor, mereka panggil ni lepat.

Nak belajar buat ketupat palas? Kat bawah ni ada resepinya.

Resepi Ketupat Palas

Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kg santan
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • Daun palas secukupnya

Cara-caranya: 

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dalam periuk. Masak atas api sederhana besar. Kacau sampai mendidih.
  3. Kemudian, masukkan pulut dan daun pandan (carik-carik sedikit dan simpulkan). Kacau sehingga sebati. Masak hingga pulut menjadi setengah masak. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah pulut tidak berkerak.
  4. Setelah itu, bolehlah dibungkus menggunakan daun palas. Cara nak membungkus ketupat palas, sila rujuk video di youtube ini. How to Fold & Stuff Ketupat Daun Palas (Credit to myindo)
  5. Akhir sekali, bolehlah direbus ketupat-ketupat tu. Masukkan ke dalam periuk besar dan isi air sehingga parasnya menutupi semua ketupat. Rebuslah sehingga air kering dan ketupatnya masak.
  6. Sajikan dengan rendang, serunding atau kuah gula.

Selamat Mencuba! 

  

6 ulasan:

  1. Inilah ketupat yg popular kt kelantan bila tiba musim perayaan. Tgk gamabr ketupat ni terus teringat mak kt kg sbb mak saya selalu sediakan ketupat palas bila raya menjelma

    BalasPadam
  2. alahai sedapnya! ketupat ni pon glamour jugak di Kedah kan kawasan utara. Mak~~ Cheq nak balek kampong~~~

    BalasPadam
  3. kat KL ni susah sikit nak cari ketupat palas. saya pun tunggu rezeki kawan dr kelantan kalau nak merasa ketupat palas yg lazatttt :)

    BalasPadam
  4. @Che Kay - betul betul betul! ketupat ni pun popular di utara

    BalasPadam
  5. memg best ktupat nie.. tpi betul ke cra blut 2..? dia da dua jnis tknik balut ktupat nie.. 1 jntan 1 lg btina.. slalu org buat bltan betina la sbab snang nak buka time mkan.. :-)

    BalasPadam
  6. @Sesedap rasa - tak sure pulak yang ni betina ke jantan :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.