Isnin, Februari 13, 2012

Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi!

Hari ini aku layan 'monday blues' (walaupun aku tak layak nak rasa blues langsung sebab bukannya kena pergi kerja pun!) sambil tengok Bott kemas rumah. Tiba-tiba Bott panggil aku.

"Cepat, Far! Orang yang biasa tu datang!"

Aku pun bergegas ke 'sliding door' depan rumah. Mujurlah kaca 'sliding door' tu jenis 'tinted ' - nampak dari dalam tak nampak dari luar'. Berjedalah kami berdua di depan 'sliding door' tu sambil memerhatikan tingkah laku 'orang biasa' di luar rumah.

Kalian mesti nak tahu kan...siapa 'orang biasa' yang Bott maksudkan. Apa pula yang dia buat di luar rumah kitorang? Kenapa pula tingkah lakunya menarik perhatian kami?



Inilah 'orang biasa' yang kami maksudkan. Aku tidak kenal dengan mereka tetapi aku dan keluarga kerap nampak lelaki ini (kadangkala bersama dengan isterinya) dan anak-anak datang memunggah sampah di luar rumah dan mengambil barang-barang yang boleh mereka ambil (mungkin untuk kitar semula, dijual atau digunakan semula).

Pada mulanya, aku rasa ingin marah kerana bimbang mereka akan sepahkan sampah-sampah tu. Tetapi setelah beberapa ketika aku memerhati, marahku bertukar jadi kasihan. Kebiasaannya mereka akan rasa-rasa dulu bahagian luar plastik sampah. Bila mereka andaikan ada barang yang boleh diambil, barulah plastik sampah dibuka dan 'isi-isinya' diteroka. Setelah mengambil dan mengasingkan sampah-sampah tertentu, mereka akan ikat semula plastik sampah tu kemas-kemas.

Hari ini, si ayah datang setelah mengambil dua orang anaknya dari sekolah. Bayangkan dengan pakaian seragam sekolah, di bawah terik matahari kedua-dua anaknya turut sama menyelongkar plastik sampah besar di hadapan rumah kami! Ada beberapa perkara yang menyentuh hati aku:

  • Si adik terjumpa pen-pen lama yang aku buang semasa kemas bilik arwah nenek. Segera pen-pen itu dicoret ke tangan - ingin pastikan masih ada dakwat atau tidak. Apabila ada yang memuaskan hatinya, pen-pen itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
  • Si abang pula tidak selfish. Ayah jumpa beberapa sapu tangan lama dan berikan kepada abang. Abang dengan baik hati membahagi-bahagikan sapu tangan antara mereka dua beradik.
  • Ketika sedang sibuk menyelongkar sampah, lalulah sebuah van yang membawa murid-murid. Dalam van tu ada murid yang mengenali mereka dan sibuk melambai pada mereka berdua. Ada juga 'anak-anak tak cukup ajar' yang 'boo' budak-budak ni, mengejek dengan nama-nama sampah dan macam-macam lagi. Apa reaksi adik-beradik ni? Mereka lambai balik pada kawan-kawan dan kemudian sambung balik mengasingkan sampah-sampah. Ya Allah, kalau aku dah 'terkundat' dan muncung bibir dah kena ejek! Silap-silap aku jalan setapak...setapak...tahu-tahu dah sampai dekat bus-stop sebelah rumah pulak! Mungkin anak-anak ini sudah lali diperlakukan sedemikian.


Aku pernah dengar orang kata 'one man's trash is another man's treasure'...tapi tidaklah dalam erti kata begini :(  Entri ni aku tulis bukan untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua. Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi! Ada ramai lagi orang yang susah daripada kita.

6 ulasan:

  1. Matahari dan bulan bersinar ke serata alam tanpa menidakkan cahayanya kepada rimbunan dan pohonan yang terpilih. Rezeki sudah Allah tentukan buat semua hamba-Nya yang mahu berusaha.

    Dan, tiadalah harta dan pangkat itu menjadi ukuran akan kemuliaan mana-mana insan, melainkan iman dan taqwa mereka jua.

    Semoga 'orang biasa' dan keluarga kesayangannya mendapat limpah rahmat dan kurnia daripada Allah melalui jalan yang tidak terduga mereka. Amin.

    BalasPadam
  2. Aminnnnn.
    What you said is indeed very2 true :)

    BalasPadam
  3. Arghh...sedihnya weh..huhuhu...pasni leh ko kasi apa2 yg ko xpakai dh kat bebudak tu kan..huhuhuhsedih

    BalasPadam
  4. NurInsyihah Saifuddin9 Mac 2012 pada 4:09 PG

    Insaf dan bersyukur dengan apa yang ada,....

    BalasPadam
  5. @eiffa - memang touching! aku skrg memang kumpul benda2 yang aku nak buang (tapi boleh pakai lagi) utk diorang. at least, bila depan rumah aku, tak dalah lama sangat diorang gobek sampah. Jimat masa sket :)

    @Syihah - betul...sekurang-kurangnya kita masih cukup semua. tak perlu bersusah payah spt mereka.

    BalasPadam
  6. akak@sishaza pun pernah jumpa insiden serupa mcm dlm enrti ko ni dik... dlm banyak2 hal, selalulah pandang ke bawah moga kita sedar kita masih bernasib baik

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.