Rabu, April 30, 2014

Dimensional Tapes | Foam Stickers untuk projek Kraf Kertas yang Lebih Menarik

Selalunya apabila membuat kad ucapan atau scrap page, saya akan guna 'foam tapes/stickers' pada hiasan (embellishment) tertentu untuk dapatkan efek 3D. Jadi hiasan tersebut akan kelihatan seperti sedikit tertimbul pada permukaan kad atau kertas. Tidaklah simply flat on the surface :)

Dimensional stickers

Dimensional tapes/stickers ada dalam banyak bentuk. Ada yang dah siap-siap potong dalam bentuk pre-cut small squares, pre-cut circles dan macam-macam lagiJika tidak jumpa jenis yang sedia dipotong, beli sahaja mounting tape atau foam tape (lihat gambar sebelah kiri). Basically, cari apa-apa pita pelekat yang fungsinya seperti double sided tape tapi agak tebal. Ketebalan ini yang akan buat hiasan kraf kita ada efek timbul atau 3D.

Contoh penggunaan dimensional tapes/stickers dalam projek-projek cardmaking saya.

'Best Wishes'

Jalur hitam bertulisan putih 'Best Wishes' ditampal menggunakan dimensional tapes/stickers.

Kad hiasan 'With Love'

Sentimen 'With Love' kelihatan seolah-olah terapung kerana ditampal menggunakan foam tape.



Kekunci piano yang berwarna hitam di atas juga saya guna dimensional stickers supaya nampak lebih realistik.


Harga pita pelekat ini sangat murah. Mudah didapati di Mr. DIY dan kedai-kedai alat tulis seperti POPULAR. Jika kalian baru berjinak dengan cardmaking atau scrapbooking, pastikan pita ini antara keperluan asas yang kalian perlu ada.

10 ulasan:

  1. geramnya..mcm nk tgk depan mata ja.. sbb dlm gmbar xnmpk jelas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tape ni macam double-sided tape, cuma tebal. Kalau kita guna double-sided tape, bila tampal akan leper jelah melekat pada kertas. Kalau guna dimentional tape, apa yang ditampal akan kelihatan timbul/terapung. Ala2 3D lah :)

      Padam
  2. owh ini namanya dimensional tape....baru faham....menarik kak farrah.

    seni itu indah

    BalasPadam
  3. oh,faham2, nak nampakkan hiasan tu timbul n jadilah 3D..
    sya suka tgk kad jenis pop up dgn ada hiasan 3D mcm ni, yang tak tipikal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun suka tengok pop-up cards. Tapi nak membuatnya tu,...tebal malasnya!

      Padam
  4. owhhh die sama mcm double sided tape gak la sbnrnye tp dia lebih tebal hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.