Tutorial Kraf - Cara Buat Fridge Magnet (2)

Isnin, Jun 16, 2014

Sebelum ini, saya dah tunjukkan cara-cara untuk buat 'fridge magnet' menggunakan gambar pilihan kita. Kali ini, kita buat 'fridge magnet' yang ada sticky notes pula. Bolehlah digunakan untuk tinggalkan mesej pada ahli keluarga atau tulis senarai barang dapur yang perlu dibeli. OK, bahan-bahan asas yang diperlukan ialah:


Langkah-langkah:
  1. Potong 'magnet sheet' besar sedikit daripada saiz 'sticky notes' yang kita nak gunakan. Untuk 'fridge magnet' yang ini, saya buat ukurannya 9cm X 5.5cm.
  2. Potong 'plush decoration sticker' mengikut saiz yang sama dan lekatkan pada permukaan 'magnet sheet'. 'Plush decoration sticker' ini biasanya saya beli di DAISO atau Mr. DIY. Selalu nampak budak-budak remaja sekolah guna decoration sticker ini untuk hias telefon bimbit dan kalkulator mereka. Senang sahaja nak guna. Buka pelekat dan tampal. Tak perlu susah-susah guna gam :)
  3. Kemudian, gunakan 'double-sided tape' atau 'art gum' untuk lekatkan sticky notes pada magnet tadi.
  4. Waktu untuk menghias! Memandangkan magnet ini ditempah untuk hadiah hari bapa, saya gunakan 'embellishment' yang bersesuaian dengan tema.

 
Inilah hasilnya!
Hias 'fridge magnet' ikut kreativiti dan apa bahan yang ada. Boleh guna 'font chips' dan bunga seperti yang pernah saya buat sebelum ini :)

Personalised Fridge Magnet with Sticky Notes

Selamat mencuba! 
Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan saya :)



21 ulasan

  1. wah! cantik dan kreatif. :D memang boleh buat sendiri di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks, white lily. mudah je nak buat + kosnya kecil :)

      Padam
  2. wow cantiknyaaaaa!

    BalasPadam
  3. creativenye! cantik pulak tu... =D

    BalasPadam
  4. K.Farrah, sukanya..sukanya...
    Nak buat cantik macam ni jugak...:)
    Garisan putus2 tu akak pakai pen jenis apa pulak?:)
    Yang akak kasi saya tu entah2 FM jugak tak?
    Saya simpan elok2 dalam rak buku takut anak saya dapat nanti jadi hasil kretip dorang pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang yg akak bagi Shikin tu fridge magnet. Tak pasal2 pulak The Adams tu buat kraf pula nanti kan,.. ;)
      Garis putus-putus tu kita buat pakai gel pen, warna putih. Boleh juga pakai yang warna gold/silver :)

      Padam
  5. Font chips hape, akak?
    Uwaaa...xtau.
    #modemengada2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengada-ngada pun :)
      Font chips tu sebenarnya fonts (huruf ABC) yang dibuat daripada chipboards. Macam kadboard keras. Jadi, bila letak pada projek kraf, font tu agak timbul,..ada efek 3D berbanding sticker biasa.
      Kat POPULAR banyak. Nanti Shikin survey tau :)

      Padam
  6. Ladybird tu ada banyak dalam kotak jahitan saya :)
    (hehe..kotak jahitan..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah Shikin ada kotak jahitan. Haaa simpan. Jangan buang. Boleh buat hias2 kad atau fridge magnet :)

      Padam
  7. Nak kena pi Daiso lagi ni.
    Macam banyak lagi nak kene beli...
    List down2..
    - Plush dec sticker
    - Bunga hiasan
    - Sticky notes tu rasa banyak dah beli dedolu tapi di mana ya?..
    Bla...bla..bla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, buat senarai apa yang perlu. Tak delah dah balik baru perasan lupa beli :)

      Padam
  8. wow! saya boleh tiru diy project ni untuk wat sourveniour kat kawan2.. tq farrah for sharing

    BalasPadam

  9. Kreatif. Nak try takde sumber bahan. Pffft. Bestnya ada Daiso. Hahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.