Beli Crafts Embellishments (Hiasan Kraf) Lagi ...

Ahad, Ogos 17, 2014

Semalam, waktu mengemas bilik kraf, saya kemaslah sekali barang-barang kraf yang dibeli tapi masih lagi terperap dalam beg shopping. Selalunya memang kalau lepas beli barang, saya campak je masuk dalam bilik kraf. Bila ada masa senggang baru keluarkan dari shopping bag, belek-belek, sengih-sengih seorang diri then susun dalam almari. 

Inilah hiasan kraf yang baru saya beli. Beli di mana? Kedai favourite sayalah, POPULAR :) Sekarang ni rangkaian produk POPARTZ untuk kraf dah semakin banyak pilihan. Memang boleh rambang mata.


Seperti biasa, saya beli embellishments untuk buat kad ucapan dan hias buku skrap. Pembelian berbaloi ialah hiasan yang paling kiri tu. Sebelum ni saya pernah beli designer papers dengan tema yang sama (Baca mengenainya di sini).

A4 Designer Paper (Japanica)

Selain itu, yang paling saya berkenan ialah Chipboard Butterflies (sebelah kanan) specifically yang paling atas sebelah kiri! Butterfly not muzik! Cantikkkkkknya! Saya memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada not muzik. Kertas pembalut hadiah ke,...hiasan kraf ke,...music sheet ke,...semua saya suka!

Oh, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, di bawah ada beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan ketika membeli hiasan kraf.


Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)
  • Peruntukkan bajet yang sesuai. Biasakan 'window shopping' terlebih dahulu untuk dapat gambaran kasar julat harga barangan kraf yang hendak dibeli.
  • Jangan terus beli hiasan kraf di kedai menjual peralatan kraf. Selalunya, harganya agak tinggi kerana kebanyakan crafts embellishments diimport dari luar negara. Sebagai newbie, cuba cari hiasan kraf dengan harga yang berpatutan di POPULAR dan DAISO. Produk in-house brand seperti yang dikeluarkan oleh POPULAR lebih murah dan berkualiti, walaupun tidak setanding dengan produk import. Jangan risau, anda baru nak mula. Tak perlu habiskan duit beli material kraf yang mahal-mahal.
  • Jika membeli barang di DAISO pula, perlu berhati-hati. Memang banyak barang kiut-kiut yang sesuai untuk kraf di sana. Tetapi, tidak semuanya berbaloi dibeli dengan harga RM5. (Baca lebih lanjut di sini)
  • Apabila memilih hiasan kraf, pilih yang temanya umum. Tidak terlalu spesifik. Contohnya, hiasan rama-rama, bunga dan bentuk hati (love) sesuai untuk apa jua occasion. Embellishments yang bertemakan 'Have A Nice Day', 'Hello!',  dan 'Miss You' boleh dipertimbangkan kerana kita akan dapat ubah atau tambah apa yang patut pada projek kraf kita kelak. Jangan beli hiasan kraf yang terlalu spesifik seperti 'Happy Father's Day' atau 'Congratulations on Your Wedding' melainkan anda memang ada projek khas menggunakan tema tersebut.
  • Apabila memilih crafts embellishment, cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan hiasan-hiasan tersebut sebelum buat keputusan untuk membelinya. Cuba imagine design apa yang boleh dihasilkan untuk jadikan projek kraf anda lebih menarik. Jangan cepat rambang mata dengan kecantikan embellishments. The last thing yang kita mahu ialah kita beli embellishments yang tak sesuai dengan mana-mana projek kita.

Harap tips di atas dapat membantu ;)




11 ulasan

  1. kita sama lahhh!!! haha...sya beli yang nama bg hitam n tulisan emas tuuu :P sya beli dh lama tpi xpakai..okay okayy~esok kita upload kita punyaa..haha :P sya pun suka kraft2 n DIY ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpakai simpan...nanti mesti ada kegunaannya tu.
      yeayyy, akak jumpa geng baru yg suka kraf :)

      Padam
  2. wah, bestnya! tapi saya x reti crafting crafting ni. sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe. saya dulu pun mula-mula jadi pemerhati je :) slow-slow belajar. sekadar utk isi lapang,...

      Padam
  3. lawa kan.. ada jugak mama jumpa , tapi tengok je lah.. nak beli tak tahu nak guna buat apa.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hiasan kraf mmg lawa2, mama. saya ada member yg suka 'tergoda' beli brg2 ni sebab dia kata comel. lepas tu dia menung xtahu nak buat apa :)

      Padam
    2. Samalah.
      Kadang2 saya beli jugak itu ini lepas tu ntah mane saya simpan.
      Taktau nak proceed macamanae.

      Padam
    3. Xpe, Shikin. Lps ni klu jumpa balik, boleh buat hadiah GA :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Apa-apa bentuk hiasan:-reben, butang, bunga, cetakan dll yg boleh digunakan untuk mencantikkan lagi projek kraf kita :)

      Padam
  5. sukanya.. sama ..ros suka beli2 gini..hehe ^^ bila free buat craft.sekarang sebab tengok DIY Farrah buat lagi semangat nak beli macam2..beli je la.. buat tak..hehe^^

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.