NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Rabu, 18 Jun 2014

Kertas Cantik untuk Kraf Kertas - PopArtz A4 Designer Papers

Ini kertas bercorak yang baru saya beli di POPULAR. Excited sangat sebab rekaan coraknya cantik-cantik! Setiap buku ada 40 keping kertas bersaiz A4 dengan 20 corak yang berbeza (seperti yang dipaparkan pada bahagian bawah buku tu). Harga cuma RM14.90/buku.

[Hey Boy] - These will become handy seandainya saya perlu buat kad atau scrap page yang 'a bit manly'. Untuk lelaki :)

'Japanica' - Penuh dengan elemen dari negara matahari terbit! Sesuai untuk si penggemar merah jambu.
Personally, saya lebih suka 'Designer Papers' yang ini kerana warna-warna yang digunakan lebih 'bright', lively dan ceria. Dari segi ketebalan pula, kertasnya lebih tebal dan keras berbanding Design Paper Stock PopArtz yang saya pernah beli sebelum ini.


I {HEART} all my papers!!!


2 ulasan:

  1. POPULAR mana awak beli??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Popular IPC Mutiara Damansara. Tetapi tak pastilah koleksi yang ini ada lagi atau tidak sebab selalunya diorang keluar design lain from time to time.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...