Selasa, Ogos 26, 2014

Repair Dodol

Ini projek malam tadi. Ini cara lembutkan dodol yang keras atau masak semula dodol yang sudah tengik. Di rumah ni, saya seorang sahaja yang suka makan dodol. Jadi, kalau ada rezeki dodol tu, memang saya seorang yang makan. Sekali makan sepotong, sekali makan secubit … lambat sangat nak habis. 

Selalu bila dah beberapa hari di luar pada suhu bilik, saya akan masukkan ke dalam peti ais. Tak nak bagi rosak. Sayanglah konon-kononnya. Tak baik membazir, kan? Lagipun, datang waktu craving ingin makan sesuatu yang manis, bolehlah makan dodol.

Hmm, masalahnya bila dodol tu dah keras lagilah tak laku! Kurang enak gitu!

Jadi, bermulalah projek repair dodol!

Cara mudah lembutkan dodol.

Cara Baiki Dodol yang Keras atau Sudah Tengik


Mari kita mulakan! Mula-mula dodol dipotong menjadi ketulan-ketulan kecil supaya nanti lebh mudah larut dan tidak terlalu mengambil masa. 

Kemudian masukkan sedikit santan. Banyak mana? Agak-agaklah. Macam saya ni, dodolnya ciput je. Saya guna dalam suku kotak sahaja santan 200ml tu. Yang cholestrol free & trimmed fat. Health conscious la kononnya hehehe. 

Kalau nak dodol wangi, lebih beraroma… letak simpulan daun pandan. Saya malas hendak keluar rumah ambil daun pandan. Semasa saya baiki dodol ni, hari dah malam. 😊

Biarkan di atas dapur buat seketika hingga dodol tu cair. Api dapur biar sederhana besar.

Kacau rata dodol yang telah cair.

Orang kacau dodol dalam kawah. Saya kacau dodol dalam periuk kecil, pakai garpu ;) Dah nak siap dah ni. Waktu ni kena kerap kacau supaya bahagian bawah tak hangus.

Setelah dodol cair menjadi larutan yang sekata, padam api. Biarkan sejuk sedikit supaya lebih mengental. Kemudian, masukkanlah ke dalam bekas.

Siap!

Dodol yang sudah dibaiki!

Dodol yang dah dibaiki akan jadi lebih lembut teksturnya. Lebih sedap! Waktu beginilah dodol ni jadi terlajak laris! Cekengah akan tersengih buat muka tak malu datang siap bawak sudu. Yang lain pun tumpang sekaki. Best served masa tengah suam-suam.

Selamat mencuba!


10 ulasan:

  1. ehehe...bijak dan kreatif..JM pun suka mkn dodol..kalau dalam peti sejuk tak habis..sorang je lah habiskan tapi x der nyer nk repair camni..ahaha..pemalas tul!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni kes gatal gigi, JM. dah tak de benda nak nyum nyum tu yg selongkar peti ais repair dodol :)

      Padam
  2. Orang yg rajin memang beruntung sangattt

    BalasPadam
  3. Hehehe tak de rajin mana pun, tp sebab teringin nak makan + sayang dodol tu ;)

    BalasPadam
  4. Tak trrfikir pun kita boleh repair balik dodol tu.. Thanx kak Farrah... Dah bertambah ilmu di dapur

    BalasPadam
  5. Owh.. boleh diperbaiki balik rupanya.. kikiki.. TQ kongsi Kak Farah..

    BalasPadam
  6. Adoiii sedapppnya dodol
    ciknur memang pantang jumpa

    BalasPadam
  7. tengah banyak dodol dalam peti ais tapi dah keras..nasib baik boleh
    repair..tq kak😁

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.