Sabtu, September 06, 2014

Cekebon dan Sesisir 'Mauzun'

Semalam Cekebon kena hantar darah di PPUM untuk appointmentnya minggu hadapan. Pergi dengan Cekengah, balik dengan Uje. Masa saya sambut Cekebon di pintu, Uje hulur pada saya sesisir pisang. 

"Bon tak boleh makan pisanglah," saya ingatkan adik saya. Ibu saya on low potassium diet.
"Tahu. Bukan untuk dia. It's for you!"

Untuk saya? Bila pula saya kirim pisang?

Rupa-rupanya, selepas urusan ambil darah selesai, Uje bawa Cekebon pergi sarapan di sebuah restoran daun pisang (Favourite Cekebon nih! Dari dulu excited kalau makan beralaskan daun pisang.) Nak dijadikan cerita, since semalam hari Jumaat, pemilik restoran tu letak pisang di atas meja untuk jamu para pelanggan. Atas meja Cekebon adalah dalam 3 biji. Terkulat-kulat je dia pandang pisang tu. Last-last dia tanya kat Uje boleh tak dia nak ambil pisang tu barang dua biji. 

"Ibu kan tak boleh makan pisang. Potassium."
"Nak bawa balik kasi Along. Dia suka 'mauzun'."

Masa adik saya cerita, terharunya saya! Nak tergelak pun ada. Amboi, Cekebon! Main tapau-tapau pulak! Saya memang suka makan pisang. Apa-apa yang berasaskan pisang saya memang tidak akan tolak! Semasa di matrikulasi, kena belajar Bahasa Arab. Buah pertama yang saya belajar - MAUZUN (pisang). Teman-teman sekampus pun tahu yang saya hantu pisang. Sampai ada yang gelar saya Farrah Mauzun. Hehehe itu cerita dulu. 


Alhamdulillah, tak pasal-pasal hari ni dapat rezeki sesisir 'mauzun'. Adik saya tak sampai hati tengok mestika hati kami ni nak 'import' balik dua biji pisang semata-mata kerana saya. (Tapi itu memang Cekebon. Kat mana-mana nampak pisang memang akan teringat kat saya. Teruk benar penangan-suka-pisang saya ni agaknya!) Usai bersarapan, Uje pun singgahlah kedai buah, belikan pisang untuk si kakak. Tunaikan hajat Cekebon. Cekebon happy. Kak Long double triple happy!

Thanks, Je. Thanks so much, Cekebon. Mmmuaahhhhhhh!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!


12 ulasan:

  1. Mauzun tu pisang rupanya...ahahah..ingatkan nama orang..
    taste kita sama lah Farrah..JM pun suka makan piasang...kalau g pasar malam mesti cari pisang. terutama pisang emas dan pisang berangang. Adik JM pulak di x minat piasang..lebih kepada tembikai

    BalasPadam
    Balasan
    1. E eh,..sama citarasalah kita, JM! Cekodok pisang, lepat pisang, bingka pisang, kek pisang,...semua saya suka! Saya paling suka pisang emas buat cekodok, pisang tanduk buat pisang goreng heheheh

      Padam
    2. Febret ekin gak pisang ni... hihihihi

      Padam
  2. kekeke epic nick name akak farah mauzun. yes CT suka pisang jugak but i need to stop makan pisang coz pisang sangat tinggi carb. tengah diet la katakan kekeke. once in a while tipu jugak makan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni kononnya diet jugak, CT. Tapi, kalau ngan pisang tiba-tiba tertelan. Tah berapa kali tipu dah hehehe

      Padam
  3. Mauzun=pisang.
    Anak-anak suka sangat makan ni.

    BalasPadam
  4. saya pun suka pisang. sampai ke anak saya pun suka huhu
    Bapa Borek anak rintik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus-bagus,.. a 'mauzun' a day, keeps the 'sembelit' away hehehe

      Padam
  5. Mauzun tu pisang ka? cekebon tu apa pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, mauzun tu pisang dalam bahasa Arab. Cekebon tu pulak panggilan manja utk omak akak :)

      Padam
  6. Ekin kalau pisang suka sangat la hihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.